Perlis FA ‘Hidup Semula’

Selepas dilanda kontroversi projek ‘scammer’ atau penipuan paling agung dalam sejarah bola sepak negara, kini wujud usaha untuk menghidupkan semula Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) selepas berlangsungnya Kongres Luar Biasa (EGM) dan Pemilihan Jawatankuasa PFA sesi 2019-2022 di Majlis Sukan Negara, Kangar.

Nama bekas Presiden PFA, Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie akan terus terpahat sebagai individu yang menjahanamkan bola sepak negeri utara semenanjung itu.

Bermula hari ini, barisan kepimpinan baharu PFA bertekad untuk membuka lembaran baharu untuk terus memartabatkan sukan bola sepak di negeri Perlis yang pernah mencapai kegemilangan satu masa dahulu.

Kredit Foto: Sinar Harian

Namun penghalang utama kepada usaha itu adalah masalah kewangan yang sedang membelenggu mereka terutamanya bebanan hutang gaji tertunggak yang tidak diketahui dengan jelas berapakah nilai yang sebenar.

Presiden PFA yang baharu dilantik, Zamri Ibrahim dalam kenyataannya kepada Bernama menjelaskan, beliau yang sebelum ini menjadi Timbalan Presiden PFA sendiri tidak mengetahui dengan jelas berapakah jumlah yang tepat mengenai hutang terkumpul persatuan itu.

“Saya tidak tahu berapa jumlah terkini hutang PFA. Ada cakap-cakap mulut kata RM800,000, RM1 juta, RM2 juta, pelbagai. Tak ada dokumen atau hitam putih.

“Sebelum ini saya tidak diberitahu hutang terkini PFA. Jadi kita akan buat semakan semula untuk kenal pasti jumlah terkini…Kita ingin hidupkan semula PFA kerana rakyat ternanti-nanti,” katanya.

Hutang tertunggak itu adalah disebabkan projek penjenamaan semula pasukan yang dikenali sebagai Perlis Northern Lion 2 (PNL2) bermula dengan langkah ‘gila’ mengambil jurulatih dan pemain berprofil tinggi menyertai pasukan itu dengan ditawarkan dengan gaji yang agak lumayan.

Namun selepas dua bulan barisan kejurulatih dan pemain-pemain menjalani latihan, mereka semua tidak dibayar sebarang gaji. Namun segalanya terbongkar apabila pada bulan Januari tahun lepas, Amizal dan Karim Khan mengakui persatuan tersebut tidak ada sebarang sumber kewangan untuk mengurus pasukan tersebut.

Mengenai perkembangan semasa pasukan, Zamri menjelaskan sekalipun PFA telah digantung, ia tidak bermakna persatuan itu telah terkubur atau terus hilang, sebaliknya beliau dan barisan AJK baharu akan berusaha untuk memastikan pasukan Perlis dapat kembali memeriahkan kancah bola sepak tempatan.

“Saya akui kita kena gantung dengan FIFA. Namun kita akan berjumpa dengan FAM untuk membuat rayuan kepada FIFA, supaya hukuman itu disemak semua. Sekurang-kurangnya beri sedikit ruang untuk PFA bermula semua. Kerana kita kena mula dari bawah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Zamri juga menyeru mana-mana pihak atau pemain yang mahu membuat tuntutan kepada PFA boleh menyerahkan dokumen atau bukti namun perlu mematuhi kontrak dan undang-undang. Jika tidak, tuntutan tersebut tidak akan dilayan.

Kredit Foto: Perlis FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN