Setiap Pasukan Perlu Ada Pemilik Untuk Atasi Masalah Gaji Pemain

Rakyat United

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mahu setiap pasukan dalam Liga Malaysia selepas ini ada pemilik tersendiri bukannya bernaung di bawah nama FA Negeri.

Ianya dinggap cara terbaik terhadap isu tunggakan gaji yang terus menjadi masalah tidak berpenghujung di dalam Liga Malaysia.

Stuart Ramalingam mahu setiap kelab yang berlesen menjalankan aktiviti secara berasingan daripada Persatuan Bolasepak Negeri (FA) menjelang musim 2021.

Jadi, dengan langkah seperti ini ia juga mampu mengatasi masalah tunggakan gaji pemain liga tempatan.

Dipetik daripada Harian Metro, Stuart berkata: “Sekarang ini, kebanyakan pasukan bergerak atas nama FA dan apabila ada isu tunggakan gaji biasanya FA itu yang akan bertanggungjawab untuk selesaikan walaupun mungkin kepimpinan FA dah bertukar.”

stuart-ramalingam-fam
FOTO: Astro Arena

“Tapi apabila setiap pasukan ada pemilik, individu yang tidak membayar gaji tak boleh nak lari begitu saja kerana kelab itu bergerak atas namanya.”

“Jadi mudah untuk pemain menuntut gaji mereka. Sekurang-kurangnya pemilik akan fikir yang terbaik buat pasukannya sama ada dalam pembelian pemain mahupun cara nak raih keuntungan buat kelab.”

Pada Mei tahun lalu, Arena Metro melaporkan bahawa FAM mewujudkan jawatankuasa baharu iaitu Jawatankuasa Task Force Pelesenan Kelab Profesional diketuai exco badan induk itu, Mohd Firdaus Mohamed.

Jawatankuasa khas ini berfungsi untuk memberi penerangan dan kefahaman kepada semua FA supaya dapat bergerak seiring dengan membantu FAM mencapai sasaran pasukan bergerak berasingan menjelang musim 2021.

Beliau yakin akan semakin banyak pasukan akan menukar status mereka kepada pasukan FC yang ada pemilik seperti mana Johor Darul Ta’zim.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN