RASMI: JDT Umum Fernando Rodriguez & Kei Hirose Sebagai Pemain Baharu

Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengsahkan bahawa, bekas penyerang Kedah FA, Fernando Rodriguez dan juga pemain dari Jepun, Kei Hirose menyertai pasukan mereka.

Fernando Rodriguez bukan nama asing dalam kancah Liga Malaysia. Musim lalu, walaupun hanya bermain di musim sulungnya di MSL, beliau tetap menjadi pemenang kasut emas.

Beliau juga menjadi nadi penting pasukan Kedah dalam kejayaan mereka mara ke dua final piala domestik. Salah satu daripada final tersebut adalah berjaya menjadi juara Piala FA.

Satu lagi Kedah menamatkan saingan sebagai naib juara Piala Malaysia. Tewas di tangan pasukan JDT.

Kei Hirose musim lalu bermain di Liga Indonesia. Beliau merupakan pemain yang memiliki kerajinan dan ‘work rate’ yang sangat tinggi.

Kehadiran beliau ke JDT pastinya diharap dapat memperkasakan lagi pasukan tersebut.

Majlis pengenalan dan pengumuman kedua-dua pemain itu dibuat sebentar tadi menerusi siaran langsung oleh Johor Souther Tigers.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest serta orang kuat, Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards. Majlis tersebut turut dihadiri oleh wakil media.

Antara sebab utama dua pemain ini ditandatangani adalah kerana kualiti teknikal mereka serta mengambil kira kesesuaian pemain-pemain tersebut dengan corak permainan JDT.

Alistair Edwards jelas sekali gembira dan berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan kedua-dua pemain tersebut ke dalam keluarga JDT.

Fernando Rodriguez dan Kei Hirose dijangka akan diletakkan dalam pasukan pembangunan JDT II. Ini kerana JDT mahu memastikan bahagian pembangunan mereka dapat manfaat dengan adanya pemain seperti Nando dan Kei di dalam pasukan mereka.

Kedua-dua pemain pastinya sedar, JDT dibarisi ramai pemain bintang termasuk di JDTII. Mereka perlu bekerja keras untuk memastikan diri mereka berjaya menjadi pemain utama secara konsisten.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN