Chelsea Catat Kerugian £96.6 Juta Sepanjang Musim 2018/19

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Chelsea merekodkan kerugian berjumlah £96.6 juta untuk laporan kewangan 2018-2019, walaupun pemilik kelab, Roman Abramovich menyuntik dana berjumlah £247 juta untuk kelab London itu.

Laporan tersebut turut mendedahkan Chelsea terpaksa membayar pampasan berjumlah £26.6 juta kepada Antonio Conte selepas memecat pengendali dari Itali itu pada Julai 2018.

Embed from Getty Images

Conte yang juga merupakan bekas pemain antarabangsa Itali kini adalah pengurus kelab Serie A, Inter Milan.

Sepanjang berada di Stamford Bridge, Conte berjaya membimbing kelab London itu bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2017.

Namun demikian, ia tidak menghalang Chelsea dari memecat beliau walaupun masih mempunyai baki kontrak selam 12 bulan.

Pada musim terakhir Conte bersama Chelsea, kelab tersebut gagal melayakkan diri ke pertandingan Liga Juara-Juara Eropah, tetapi masih berjaya merangkul kejuaraan Piala FA Inggeris.

Sejak diambil alih oleh Abramovich, Chelsea telah membelanjakan sejumlah £90 juta sebagai pampasan kepada pengurus yang dipecat.

Jawatan Conte kemudiannya diambil alih oleh rakan senegara, Maurizio Sarri yang hanya kekal selama semusim di Chelsea.

Sarri juga kembali ke Serie A untuk menyertai Juventus selepas itu, walaupun masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun.

Pada musim lalu, Chelsea dilaporkan berbelanja sebanyak £280.6 juta untuk pemain baharu.

Antara pemain yang dibawa masuk adalah bintang Amerika Syarikat, Christian Pulisic, Kepa Arrizabalaga, Mateo Kovacic dan Jorginho.

Kos gaji pemain juga merekodkan peningkatan sebanyak £41 juta pada 2019.

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U