FA Thailand (FAT) pada hari ini mengumumkan telah menandatangani perjanjian memorendum persefahaman (MOU) bersama King Power untuk membina pusat latihan bola sepak khusus untuk pasukan kebangsaan negara tersebut.
Pusat latihan yang akan memiliki lima sehingga lapan padang bola sepak itu akan dibiayai sepenuhnya oleh King Power – sebuah syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Thailand.
#Changsueklive “สมาคมกีฬาฟุตบอลฯ จับมือ กลุ่มบริษัท คิง เพาเวอร์” ลงนาม MOU สร้างศูนย์ฝึกฟุตบอลแห่งชาติ จังหวัดสระบุรี !!! #ช้างศึก #เชียร์ไทยใจเดียวกัน #Changsuek #TogetherAsOne #Changsuek #KingPower #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #FAVillage pic.twitter.com/JQ3J2HYund
— Changsuek (@Changsuek_TH) December 16, 2019
King Power juga dikatakan akan menggunakan tenaga pakar dari Leicester City untuk melakukan reka bentuk yang diperlukan untuk pusat latihan tersebut.
Bakal dibina di atas tapak seluas 192,000 kaki persegi di Saraburi, kemudahan untuk skuad Gajah Perang itu turut akan memiliki kemudahan-kemudahan lain seperti restoran, bilik persidangan, bilik latihan, kompleks penginapan, dan kemudahan lain seperti pusat kecergasan.
Pusat latihan tersebut juga akan digunakan khusus untuk program pembangunan akar umbi dan pertandingan-pertandingan bola sepak peringkat umur di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Kemudahan bernilai RM68.5 juta itu juga turut boleh digunakan untuk pemain-pemain futsal dan bola sepak kebangsaan Thailand.
Perbincangan yang dijalankan sejak November lalu diantara FAT dan King Power akhirnya mencapai kata sepakat melalui MOU yang ditandatangani pada hari ini.