Amin Nazari Teruja Sarung Jersi Hijau Kuning, Berazam Capai Sasaran Musim Hadapan

Amin Nazari Kedah 2020

Akhirnya terlerai sudah penantian para penyokong Kedah dengan kehadiran pemain import terakhir, Amin Nazari pada Ahad dan akan mula turun ke padang latihan pada Isnin (hari ini).

Tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Alor Setar jam 2.30 petang, pemain berusia 26 tahun itu tampak teruja dapat menyertai Kedah, yang baginya pesaing hebat di Liga Malaysia.

Dipetik berkata kepada Harian Metro, Amin Nazari merupakan pemain kelahiran Sweden dan ketika ini sudah membuat dua penampilan bersama Filipina, iaitu pada September 2018.

Pemain yang pernah beraksi untuk Sweden B-21 ini telah dilabel ‘jeneral padang’ oleh pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak ketika memaklumkan mengenainya kepada Semuanya BOLA.

“Saya rasa teruja untuk bersama pasukan Kedah yang merupakan pesaing hebat di Liga Malaysia dan meraih kejayaan sebagai juara Piala FA musim ini,” ujar bekas pemain Ratchaburi Mitr Phol FC yang bersaing di Liga Thailand, Thai League 1 musim lalu.

Memaklumkan telah mengetahui serba sedikit mengenai Helang Merah daripada rakan sepasukan di Filipina, Alvaro Silva yang merupakan benteng Kedah pada musim 2018, pemain yang telah melalui karier awalnya di Sweden dan Finland itu berazam mahu mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pengendali.

“Saya berazam mahu mencapai kejayaan disasarkan musim depan bersama pasukan ini. Apapun, saya perlu mendapatkan bimbingan serta perancangan dibuat oleh ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak.

“Sebelum tiba di Kedah, saya sudah mengetahui perkembangan pasukan ini dan rakan saya, Alvaro Silva pernah beraksi bersama Kedah dan ia memudahkan saya untuk mendapat maklumat dan perkembangan mengenai pasukan Kedah,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, kehadiran pemain ini dilihat menerima pelbagai reaksi daripada para penyokong Kedah, sejak pengumuman rasmi dibuat oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) pada Sabtu.

Majoriti masih menaruh kepercayaan kepada pilihan Aidil Sharin dan ada sesetengah penyokong dilihat masih skeptikal, mungkin disebabkan ‘jeneral’ yang dimaksudkan oleh pengendali bukanlah pemain Jepun yang diura-urakan akan tiba ke bumi Darul Aman.

Kredit Foto: Kedah FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN