Kemasukan jeneral tengah skuad Harimau Malaya, Brendan Gan ke dalam pasukan Selangor untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan ternyata bakal memberikan ‘tonik’ tambahan buat pasukan gergasi Lembah Klang itu.
Selangor sebelum ini sudah pun memiliki dua pemain tengah berkualiti iaitu Abdul Halim Saari dan K. Sarkunan yang menjadi pilihan utama ketua jurulatih, B. Satiananthan sepanjang musim ini.
Dengan adanya Brendan Gan, sudah tentu bahagian tengah Selangor akan bertambah kukuh dan memberikan persaingan sihat di antara pemain tengah untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.
Sarkunan – kapten Team Selangor pic.twitter.com/irhzlw23do
— Kajang High School (@KHS1919) May 26, 2019
Sarkunan menjelaskan beliau menyambut baik kehadiran Brendan Gan ke dalam pasukan bagi membantu pasukannya meraih kejuaraan pada musim depan.
“Bagi saya, ia persaingan yang bagus kerana saya kerap diturunkan musim lalu. Jadi, dalam musim baru ini, saya dan Brendan Gan akan merebut tempat di bahagian (tengah) menyerang dan bertahan.
“Ia terpulang kepada jurulatih untuk menentukannya,” katanya ketika ditemubual oleh Stadium Astro.
Pemain berusia 23 tahun itupercaya, perubahan positif di dalam pasukan itu akan membantu misi utama Selangor pada musim depan untuk memburu slot ke Liga Juara-Juara AFC atau sekurang-kurangnya Piala AFC.
Rasanya bila Sarkunan main musim , kita tak kalah
2 game Clean Sheet bila pemain digelar 'Kante' ni bermain menunjuk'n Selangor semacam dah jumpa punca sebelum ni bolos cepat dan banyak pic.twitter.com/O4jGcU1o9f
— selangorfanatik (@selangorfanatik) April 3, 2019
“Realitinya, kami sudah memiliki skuad yang boleh dikatakan mantap. Saya harap kami akan membawa pulang satu trofi.
“Tetapi tidak bolehlah tanya trofi yang mana kerana ia boleh disalah tafsir. Jadi, ia salah satu daripadanya,” katanya lagi.
Pada musim ini, Sarkunan mencuri perhatian apabila beberapa kali diberi tanggungjawab menjadi kapten pasukan sekalipun masih dalam usia muda. Beliau sebelum ini beraksi untuk skuad Piala Presiden Selangor sebelum menembusi skuad utama pada musim 2018.