Amirul Hadi Zainal Sertai Barisan Kejurulatihan JDT II

Amirul Hadi

Selepas Shakir Shaari diserap masuk ke barisan kejurulatihan skuad utama Johor Darul Ta’zim (JDT), kini giliran Amirul Hadi Zainal pula terjun ke bidang yang sama.

Perkembangan terkini itu menyaksikan perjalanannya sebagai pemain bola sepak profesional yang sudah memasuki tahun ke-13 telah sampai ke penghujung.

Menurut sumber JOHOR Southern Tigers (JST), Amirul Hadi yang menyertai JDT sejak 2014 kini dilaporkan telah menyertai barisan kejurulatihan JDT II bagi membantu pengendali pasukan, Rafael Gil Sanchez.

Berdasarkan koleksi foto yang dikongsikan JST, Amirul Hadi dilihat sudah mula berada di samping Rafael dalam latihan pra-musim pasukan feeder JDT itu.


Amirul Hadi Zainal yang kini menjengah usia 33 tahun memulakan karier bola sepak profesional dengan beraksi untuk pasukan Selangor bermula musim 2006.

Anak kepada Zainal Nordin yang merupakan bekas pemain serangan Selangor itu mengecapi nikmat selaku juara Liga Super sebanyak enam kali iaitu dua musim [2009 & 2010] bersama Selangor manakala empat musim berturut-turut [2014 hingga 2017] ketika menyarung jersi JDT.

Di pentas antarabangsa pula, anak kelahiran Melaka ini berjaya membantu skuad negara muncul juara Kejuaraan AFF 2010 dan Sukan SEA 2009 di Laos.

Semuanya BOLA mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya buat Amirul Hadi Zainal dalam bidang kejurulatihan!

Kredit foto: JOHOR Southern Tigers

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN