Seorang pemain bola sepak dari Nigeria yang beraksi bersama sebuah kelab divisyen kedua di Slovenia dipecat selepas hanya enam bulan beraksi bersama kelab tersebut.
Pemain dan kelab yang tidak didedahkan itu berkata beliau dipecat atas dakwaan melanggar peraturan dan disiplin kelab selepas membuatkan anak kepada presiden kelab Slovenia itu hamil.
A Nigerian player has been fired by a club in Slovenia for impregnating the daughter of the president of the second division outfit after just six months with the side. pic.twitter.com/PAKR4xLehU
— MR.ZASH (@zash10) December 10, 2019
Laporan yang mulai dikeluarkan oleh Ghana Web itu berkata pemain tersebut sememangnya mengaku bertanggungjawab ke atas wanita tersebut.
Empat pemain Nigeria yang didaftarkan bersama beberapa kelab divisyen kedua Slovenia ditahan oleh pihak polis sebelum ini.
Mereka adalah Bede Ousiji, Temitope Nelson, Gerald Chiyoke dan Sulaiman Adedoja berkaitan kes tersebut. Namun tidak boleh dipastikan pemain mana satukah yang dipecat daripada kelab terlibat.
A Nigerian player has been fired by a club in Slovenia for impregnating the daughter of the president of the second division outfit after just six months with the side.#Trenditgh #CardiInGhana #accratwitterhangout https://t.co/naA9MAMMno
— Trendit Online (@TrenditGh) December 9, 2019
Pemain Nigeria itu yang risau akan keselamatan beliau kerana situasi tersebut dilaporkan telah kembali ke negaranya, walaupun risau akan keadaan teman wanita dan kandungan tersebut.
Pemain itu dikatakan sedang mempertimbangkan untuk membawa kes tersebut kepada FIFA atas dakwaan tindakan yang diambil oleh pihak kelab sehingga memecat beliau sebagai tidak adil.