RASMI: Ancelotti Dipecat Selepas Bawa Napoli Mara Ke Pusingan Kalah Mati UCL

Napoli memecat pengurusnya, Carlo Ancelotti kurang dari tiga jam selepas beliau membawa kelab Itali itu mara ke pusingan 16 pasukan terakhir dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Pasukan itu tidak menang dalam sembilan perlawanan sehinggalah perlawanan UCL pada awal pagi tadi di mana mereka menumpaskan Genk 4-0 di laman sendiri pada awal pagi tadi.

Ancelotti kini dalam musim keduanya membimbing Napoli, tetapi kini pasukan itu sedang mendudukan tangga ketujuh dalam Serie A setelah mengalami penurunan prestasi sejak kebelakangan ini.

Pada bulan lepas telah berlaku pergeseran di antara presiden kelab, Aurelio dr Laurentiis dengan pengurus berusia 60 tahun itu dan pemain-pemainnya.

De Laurentiis mengarahkan pasukan itu menghadiri latihan selama seminggu di sebuah kem, tetapi Ancelotti dan semua pemainnya pulang lebih awal.

Bekas pengurus AC Milan, Gennaro Gattuso dikhabarkan bakal diumumkan sebagai pengurus baharu kelab tersebut.

Ancelotti yang pernah memenanangi trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Inggeris bersama Chelsea pada musim 2009/10 kini telah dikaitkan dengan jawatan pengurus di Arsenal dan Everton.

Beliau merupakan satu daripada tiga pengurus yang menang kejuaraan Eropah (Europa League/UCL) selain legenda Bob Paisley dan pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane.

Ancelotti ternyata mempunyai reputasi yang tinggi selepas menjulang dua kejuaraan UCL bersama AC Milan dan satu bersama Real Madrid. Selain itu beliau turut memenangai piala domestik bersama Milan, Chelsea, Paris Saint-Germain dan Bayern Munich.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN