Liridon Krasniqi Kembali Ke Malaysia Untuk Musim 2020?

Bukan rahsia lagi Liridon Krasniqi merupakan salah seorang pemain yang berada di dalam radar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dijadikan salah seorang pemain naturalisasi bersama skuad kebangsaan.

Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe pernah menyifatkan kehadiran dua pemain naturalisasi itu mampu membantu meningkatkan kualiti pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa pada masa hadapan.

“Apa yang penting, FAM sudah meminta kerakyatan untuk kedua-dua pemain itu. Kita tunggulah bagaimana keputusan tersebut. Jika ia positif, saya akan melihat bagaimana untuk mengawal kedua-dua pemain itu,” kata beliau kepada Stadium Astro sebelum ini.

Adakah beliau akan menyarung jersi skuad Harimau Malaya pada bulan Jun ini?

Posted by Semuanya BOLA on Saturday, May 4, 2019

Pemain itu sendiri tidak pernah menyembunyikan niat untuk menyarung jersi pasukan negara melalui beberapa perkongsian di laman Instagram sebelum ini.

Malah FAM dikatakan telah menghantar permohonan kepada pihak kerajaan Malaysia untuk menjadikan Liridon dan seorang lagi pemain penyerang, Guilherme de Paula sebagai warganegara sekaligus merealisasikan impian kedua-dua pemain untuk menyarung jersi Harimau Malaya pada masa hadapan.

FAM sudah pun hantar dokumen dua pemain tersebut kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Posted by VOCKET FC on Tuesday, July 2, 2019

Namun demikian kedua-dua pemain masih harus kekal beraksi di saingan domestik di negara ini. Sehingga kini, belum ada pengesahan pasukan manakah yang disertai oleh Liridon ataupun De Paula untuk saingan musim hadapan.

De Paula sebelum ini sah meninggalkan Kuala Lumpur selepas tamat saingan pada musim lalu. Khabar angin menyatakan Perak dantara pasukan yang mengikuti rapat perkembangan pemain ini, selepas melepaskan Ronaldo.

Gambar yang tersebar beberapa bulan yang lalu.

Liridon pula beraksi bersama Melaka United pada musim lalu, sebelum kecederaan menyebabkan beliau mendapatkan rawatan di luar negara.

Sebelum ini tersebar satu gambar dikongsikan oleh netizen, menunjukkan kelibat pemain ini menjalani latihan di Pusat Latihan milik JDT di Padang Seri Gelam.

Perkongsian IG Story Liridon Krasniqi.

Terbaru, perkongsian melalui IG Story pemain itu menunjukkan beliau sedang berada dalam penerbangan untuk kembali ke Malaysia.

Tatkala pra musim kebanyakkan pasukan Liga Malaysia hampir bermula, adakah Liridon kini sebenarnya sudah memiliki pasukan baharu, atau terus kekal di Melaka United untuk musim yang akan datang?

Persoalan yang lebih besar ialah adakah Liridon akan tampil sebagai pemain naturalisasi bersama pasukan Liga Malaysia selepas ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN