Virgil van Dijk berkata beliau sudah merasakan diri seperti seorang pemenang selepas dicalonkan untuk Anugerah Ballon d’or pada tahun ini.
Pemenang anugerah individu berprestij untuk pemain terbaik dunia itu akan diumumkan di Paris pada awal pagi nanti.
Pemain Barcelona dan Arbentina, Lionel Messi juga adalah pilihan untuk merangkul anugerah tersebut buat kali ke-6. Namun kali ini, pemain pertahanan Liverpool, Van Dijk dijangka memberikan saingan sengit.
Today is the big day and someone has to go home with the prestigious balon dor award.
RT if you tip Messi to win
Like if you tip Van Dijk pic.twitter.com/DbR1JTHe0Z— timi (@kvng__timmy) December 2, 2019
Pemain pertahanan dari Belanda itu adalah tunjang kekuatan Liverpool sehingga merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah pada musim lalu.
Dalam undian Pemain Terbaik FIFA, Van Dijk juga berada di tempat kedua di belakang Messi.
“Saya akan melihat maksud sebenar [anugerah]. Saya berada di sana bersebab, dan tidak ada siapa pun yang kalah pada malam itu,” kata Van Dijk.
“Saya berbangga kerana berada di dalam senarai akhir. Saya berada di sana kerana apa yang saya tampilkan bersama pasukan tahun lalu, dan juga bersama pasukan kebangsaan.
3️⃣0️⃣ nominees
1️⃣ winnerWho will claim the 2019 Ballon d’Or? ? pic.twitter.com/cTCTi5heGR
— Goal (@goal) December 2, 2019
“Ia adalah perkara yang membuatkan anda berasa bangga kerana tidak ramai pemain mampu ke sana untuk anugerah sebegini.
“Akan ada seorang pemenang akan diumumkan, tetapi tidak ada siapa yang pulang sebagai pihak yang kalah. Kita hanya perlu tunggu dan lihat.”
Van Dijk adalah salah seorang daripada tujuh pemain Liverpool yang berada di dalam senarai untuk Ballon d’Or bersama-sama Alisson Becker, Trent Alexander-Arnold, Georginio Wijnaldum, Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino.