RASMI: Terengganu FC Umum Ketibaan Dominique Da Sylva

Terengganu FC (TFC) sebentar tadi mengumumkan ketibaan penyerang dari Senegal, Dominique Da Sylva sebagai penyerang import baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2019.

Menurut laman media sosial TFC, pemain penyerang berusia 30 tahun itu selesai menandatangani kontrak sebentar tadi bagi membenarkan beliau menyertai skuad kendalian Nafuzi Zain.

Sebelum menyertai TFC, Dominique sebelum ini pernah beraksi bersama beberapa buah kelab di Vietnam, Mesir, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga Cyprus.

Kelab terakhir yang beliau sertai ialah CLB Sai Gon dan Ho Chi Minh City di Liga Vietnam.

??️ SELAMAT DATANG DOMINIQUE DA SYLVA KE PASUKAN TERENGGANU FOOTBALL CLUB ?️?

Selamat datang diucapkan kepada Dominique…

Posted by Terengganu Football Club on Sunday, December 1, 2019

Pemain yang memiliki ketinggian 1.80 meter ini juga mempunyai pengalaman luas beraksi di Mesir ketika bersama Al Ahly, dan pernah menjuarai beberapa kejuaraan kebangsaan di Mesir bersama pasukan yang diwakilinya – termasuk dua kejuaraan Liga Juara-Juara Afrika.

Ketibaan Dominique dilihat sebagai pengganti terus kepada bekas penyerang import, Tchetche Kipre yang menyertai Kedah baru-baru ini.

Sehingga kini, TFC sudah mengekalkan Lee Tuck dan Sanjar Shaakhmedov sebagai pemain import, dan turut sudah mengesahkan ketibaan penyerang sayap Singapura, Faris Ramli sebelum temasya Sukan SEA di Filipina bermula pada penghujung November lalu.

Nafuzi Zain dijangka akan terus memburu seorang lagi pemain import untuk memperkuatkan bahagian pertahanan sebelum bermulanya pra musim nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN