Ranking Terkini FIFA: Tiga Kemenangan Diraih Lonjakkan Kedudukan Harimau Malaya

Ranking

Tiga kemenangan berturut-turut pada bulan November yang merupakan penutup bagi aksi antarabangsa bagi tahun 2019 telah menjelmakan peningkatan terhadap ranking skuad negara.

Berpandukan kepada ranking terkini yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kedudukan skuad negara telah melonjak empat anak tangga iaitu dari tangga ke-158 ke 154.

Peningkatan itu sememangnya sudah dijangka selepas anak buah Tan Cheng Hoe berjaya menundukkan Tajikistan 1-0 pada aksi persahabatan serta mencatatkan dua kemenangan pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 iaitu 2-1 ketika menentang Thailand dan disudahkan dengan kejayaan 2-0 ke atas musuh tradisi, Indonesia.

Dalam perkembangan sama, Vietnam terus berada di ranking tertinggi dalam kalangan negara Asia Tenggara (ASEAN) apabila menduduki tangga ke-94 dunia dan diikuti Thailand (113), Filipina (124) dan Myanmar di kedudukan ke-136.

Berdasarkan kedudukan tersebut, skuad negara kini menghuni tangga kelima bagi negara ASEAN dengan meninggalkan Singapura yang menghuni ranking ke-157 serta Indonesia dan Kemboja terikat di ranking ke-173.

Sementara itu, Jepun merampas kedudukan daripada Iran untuk menghuni tangga teratas bagi negara di rantau Asia.

Manakala Belgium terus memimpin 209 negara yang lain sebagai pasukan nombor satu dunia. Perancis dan Brazil mengekori di tempat kedua dan ketiga.

Kredit foto: PFA Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN