UCL 2019/20: Haaland Pecah Rekod Lagi, Bantu Salzburg Belasah Genk

Penyerang muda Norway, Erling Braut Haaland terus mencipta sensasi selepas memecahkan rekod baru apabila beliau menjaringkan gol ketika membantu RB Salzburg menewaskan RC Genk dalam saingan kumpulan E Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Pemain berusia 19 tahun itu menggegar jaring pada lewat permainan untuk muncul pemain remaja pertama yang menjaringkan gol dalam 5 perlawanan pertama peringkat kumpulan di kejohanan Eropah itu.

Haaland kini telah mengumpul menjaringkan lapan gol dalam lima penampilan UCL, mengatasi rekod Harry Kane dan Diego Costa yang mencatat tujuh gol dari jumlah penampilan yang sama. Namun Robert Lewandowski lebih unggul dengan rekod 10 gol yang juga dicatatkan pada musim ini.

https://twitter.com/FTalentScout/status/1199806841020133376?s=20

Selain itu, Haaland turut menjadi salah seorang daripada lima pemain yang menjaringkan gol dalam semua lima perlawanan awal peringkat kumpulan bersama Alessandro Del Piero (Juventus 1995/96), Sergei Rebrov (Dynamo Kiev 1997/98), Neymar (2017/18), Cristiano Ronaldo (2017/18) dan Robert Lewandoswki (2019/20).

Jaringannya ke atas Genk merupakan gol ke-27 dalam 19 perlawanan termasuk lima catatan hatrik.

Kemenangan itu merupakan detik manis buat pemain kelahiran Leeds itu dan rakan sepasukannya. Ia berikutan mereka masih berpeluang untuk layak ke peringkat kalah mati sekiranya mereka berjaya menumpaskan Liverpool dengan rekod pertemuan pada perlawanan terakhir pada 11 Disember ini.

Patson Daka membuka akaun jaringan pada minit ke-43 sebelum Takumi Minamino menjadikan kedudukan 2-0 sebelum rehat separuh masa.

Seorang lagi pemain Asia, Hwang Hee-chan menyumbat gol ketiga Salzburg selepas perlawanan sudah berlangsung selama 69 minit. Genk kemudian mengurangkan defisit menerusi Mbwana Samatta pada minit ke-85.

Hanya tiga minit selepas itu, Haaland menoktahkan kemenangan Salzburg dengan rembatan padu dari jarak dekat bagi memastikan Salzburg bawa pulang tiga mata dari Luminus Arena.

https://www.youtube.com/watch?v=1dt8KG8o2nM

Satu lagi pasukan dalam kumpulan E, Napoli mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan kalah mati selepas berjaya mengikat Liverpool. Dalam perlawanan terakhir akan berlaku persaingan tiga penjuru untuk merebut dua slot pasukan yang akan mara ke pusingan seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN