Klinsmann Kembali Ke Bundesliga Untuk Ubah Nasib Hertha Berlin

Bekas pemenang Piala Dunia, Jurgen Klinsmann kembali ke kancah Bundesliga buat kali pertama dalam tempoh sedekad selepas beliau diumumkan sebagai pengendali sementara  Hertha Berlin  sehingga penghujung musim.

Klinsmann menggantikan Ante Covic yang dipecat selepas menempuh permulaan musim yang buruk. Hertha Berlin tewas tujuh dari 12 perlawanan Bundesliga dan cuma menang tiga perlawanan sahaja.

“Ini adalah satu keputusan yang amat sukar untuk kami kerana Ante telah menjadi sebahagian daripada Hertha untuk lebih dari 20 tahun. Beliau mula memegang jawatan selaku ketua jurulatih pasukan utama pada musim panas lepas dengan penuh semangat dan kesungguhan.

“Malangnya, demi kebaikan kelab dan keputusan semasa, kami terpaksa bertindak,” kata pengarah sukan kelab, Michael Preetz.

Sementara itu Covic dalam kenyataannya kepada laman web rasmi Hertha Berlin menjelaskan keputusan buruk yang dicatat kebelakangan ini adalah punca kepada pemecatannya itu.

“Selama ini saya menganggap Hertha Berlin bukan semata-mata majikan saya. Sudah tentu keputusan ini menyakitkan. Tetapi saya tetap percaya kelab lebih penting daripada mana-mana individu.”

Tiga minggu lepas, Klinsmann baru sahaja dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Hertha Berlin.

Selepas kelab itu tewas empat perlawanan Bundesliga berturut-turut, beliau diberi tanggungjawab membimbing pasukan itu sehingga tamat saingan musim ini.

https://twitter.com/MoPlay/status/1199632223563067392?s=20

Tugasan Klinsmann selaku jurulatih adalah ketika membimbing pasukan Amerika Syarikat bermula pada 2011 dan dipecat pada 2016 setelah merekodkan keputusan buruk pada awal kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan pasukan itu akhirnya gagal ke pusingan akhir di Rusia.

Klinsmann yang kini berusia 55 tahun menjulang Piala Dunia pada tahun 1990 selaku pemain mewakili Jerman Barat.

Beliau juga pernah melatih pasukan kebangsaan Jerman dan membawa pasukan itu mendapat tempat ketiga dalam edisi Piala Dunia 2016 di tempat sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN