Husin Deraman Yakin Kelantan Tidak Lagi Akan Dilabel Sebagai Pasukan Bermasalah

Kelantan

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Husin Deraman percaya pasukan Kelantan tidak lagi akan dilabel sebagai pasukan bermasalah dengan mematuhi Economic Control Programme (ECP) yang diperkenalkan Malaysian Football League (MFL) pada musim depan.

ECP yang bertujuan untuk membendung masalah kewangan pasukan Liga Malaysia dilihat mampu jadi penyelamat kepada kebanyakan pasukan tempatan yang sering dihimpit masalah gaji termasuklah Kelantan.

Sebelum ini, skuad kendalian Yusri Che Lah itu berdepan penggantungan lesen kelab disebabkan beberapa masalah kewangan termasuklah tunggakan gaji pemain serta tunggakan pembayaran dengan agensi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Justeru, Husin berharap pendekatan MFL yang melaksanakan ECP bermula musim depan adalah tepat pada masanya untuk Kelantan memulakan musim 2020 dengan azam baharu tanpa dihimpit lagi masalah gaji sekali gus membersihkan kembali nama The Red Warriors (TRW) daripada kemelut yang tidak sepatutnya.

“Memang kami di pihak KAFA tidak ingin lagi dianggap sebagai pasukan yang selalu berdepan masalah gaji setiap tahun kerana ia cukup memberi kesan kepada prestasi pasukan.

“Bermula musim depan, kami ingin bebas daripada sebarang hutang dan KAFA juga sudah memperoleh lesen kelab untuk kami terus bertanding.

“Yang penting, kami perlu mengeluarkan bajet yang sepatutnya untuk dikemukakan selewat-lewatnya 15 Disember depan dan seandainya lulus, saya harap pasukan akan menghadapi saingan dengan misi baharu tanpa perlu risau masalah kewangan lagi,” katanya.

Terdahulu, MFL telah mengadakan Bengkel ECP kepada semua Rakan Kongsi Liga pada 18 November lalu bagi memberi maklumat terperinci mengenai program berkenaan agar semua pasukan jelas dengan cara perlaksanaannya.

Tambah Husin, pihak KAFA sudah sedia maklum mangenai cara perlaksanaan ECP apabila pernah diberi taklimat pada Ogos lalu oleh MFL dan perunding ECP, PricewaterhouseCoopers Risk Services Sdn. Bad (PwC Malaysia) dan mereka sudah bersedia lebih awal untuk memastikan KAFA mampu memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam ECP.

“Inisiatif yang dilakukan oleh MFL untuk mewujudkan program ECP ini sememangnya bagus untuk membantu semua pasukan berbelanja dengan berhemah.

“Apabila saya hadir ke Bengkel ECP, banyak maklumat yang kami sudah perolehi dan saya akan pastikan KAFA dapat mengikuti setiap peraturan yang telah ditetapkan dalam ECP.

“Saya rasa KAFA tidak akan berdepan sebarang masalah untuk kami kemukakan perancangan bajet selepas ini dan saya percaya pasukan Kelantan akan memulakan musim 2020 dengan lebih baik”, jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN