Tottenham Hotspur melakukan tindakan yang sangat mengejutkan ramai pihak. Ini apabila mereka memecat Mauricio Pochettino pada minggu rehat antarabangsa.
Prestasi tidak menentu Spurs pada awal musim ini adalah punca utama.
Namun sebelum ini Pochettino sudah memberitahu, apa yang berlaku di Spurs adalah kerana pengurusan tertinggi banyak membelakangkannya dalam membuat keputusan. Ini termasuk dalam pembelian pemain.
Seterusnya, Pochettino juga tidak berpuas hati dengan pengurusan tertinggi Spurs yang sukar menjual pemain yang masih belum menyambung kontrak seperti Christian Eriksen.
Sumber Sky Sport melaporkan, Spurs kini sedia untuk mengumumkan Jose Mourinho sebagai pengurus baharu mereka.
Koresponden, Kaveh Solhekol berkata: “Dijangka Jose Mourinho akan diumumkan sebagai pengurus baharu Spurs esok. Mauricio Pochettino adalah mangsa kepada kejayaan beliau sendiri. Dipecat hanya selepas 5 bulan memimpin pasukannya ke final UCL.”
Kaveh menyatakan Pochettino sebagai mangsa kejayaan beliau sendiri kerana, pengurusan tertinggi mulai menaikkan penanda aras selepas apa yang beliau capai musim lalu.
Sedangkan pencapaian itu boleh dikatakan ‘overachieved’ berdasarkan polisi Spurs yang tidak menandatangani pemain baharu, serta gagal untuk menguruskan kontrak pemain dengan lebih baik.
Pochettino pernah mengadu secara terbuka, kuasa pengurus beliau sangat terhad dalam perkara seperti itu.
Expecting José Mourinho to be announced as new Spurs manager tomorrow. Mauricio Pochettino victim of his own success. Sacked just five months after leading his team out at Champions League final
— Kaveh Solhekol (@SkyKaveh) November 20, 2019
Seorang lagi koresponden, Fabrizio Romano pula memberikan bayangan bahawa, Mourinho hanya menunggu detik sahaja diumumkan sebagai pengurus baharu Tottenham Hotspur.
⏳⌛️⏳⌛️ #Mourinho #THFC https://t.co/IlxCNKgHFh
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 19, 2019
Jose Mourinho sebelum ini dipecat oleh pengurusan Manchester United. Jika beliau benar-benar diumum sebagai pengurus Spurs, ini merupakan kelab Inggeris ketiga diuruskannya dan kali ke-4 beliau dilantik sebagai pengurus EPL (2 kali bersama Chelsea).
Sebelum ini Mourinho dilihat berada di London dan meluangkan masa di Stadium Emirates. Ia membawa kepada spekulasi bahawa beliau mungkin akan menguruskan Arsenal. Sebaliknya, Mourinho kini dilaporkan menghampiri sebuah lagi kelab London.