41 Penyokong Malaysia & Indonesia Ditahan Polis

Sejumlah 41 penyokong telah ditahan oleh pihak polis selepas tamat perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam tadi.

27 daripada mereka terdiri daripada penyokong Malaysia. Manakala 14 lagi terdiri daripada penyokong Indonesia.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon yang berkata mereka ditahan bagi tujuan dokumentasi.

Bercakap kepada Harian Metro pada hari ini, Mokhsein dipetik sebagai berkata: “Polis menahan 41 individu membabitkan 27 penyokong Malaysia dan 14 penyokong Indonesia selepas tamat perlawanan bagi tujuan dokumentasi.

“Bagaimanapun, semua individu terbabit dibebaskan selepas dokumentasi dilakukan.”

Sebelum itu, kejadian membaling objek termasuk suar di kalangan penyokong kedua-dua pasukan sudah kelihatan ketika perlawanan sedang berlangsung.

Selepas itu, sebahagian penyokong Malaysia dipercayai cuba melakukan provokasi terhadap penyokong Indonesia di hadapan Pintu E – yang dikhaskan sebagai pintu masuk dan keluar penyokong pasukan pelawat – selepas tamat perlawanan.

Namun kehadiran Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di lokasi berjaya menenangkan keadaan.

Dalam perlawanan yang berlangsung pada malam tadi, dua jaringan Safawi Rasid pada minit ke-30 dan ke-73 perlawanan memberikan kemenangan 2-0 kepada pasukan Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN