FAM Kerjasama Dengan EFA Lancar Kempen Respect Untuk Musim 2019/20

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Inggeris (EFA) yang akan menyaksikan badan pentadbir bola sepak Malaysia melancarkan dua kempen Respect untuk musim 2019/20.

Kerjasama baharu ini telah menyaksikan EFA menggunakan penemuan daripada strategi dan tinjauan kempen Respect yang terbaru dalam usaha bersama mengembangkan pemahaman tentang cara perlawanan di Malaysia dengan tumpuan utama untuk menangani, membantu membuat perancangan strategik bagi Malaysian Respect. Kedua-dua persatuan ini nyata teruja untuk memanfaatkan peluang bekerjasama yang ada dalam memartabatkan Respect (Hormat) pada bola sepak tanah air.

Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, berkata:

“Respect (hormat) adalah salah satu sentimen mulia tetapi sesetengah masyarakat berasakan ia bukan satu kesalahan untuk memanipulasi peraturan mahupun keputusan. Justeru, sebagai langkah untuk memastikan tingkah laku setiap individu yang terbabit dalam perlawanan terkawal maka peralihan budaya perlu dilaksanakan pada setiap peringkat.

“Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan EFA dalam mewujudkan kesedaran dalam usaha kita menyediakan persekitaran selamat dan seronok. Namun pada masa sama melindungi peserta, pegawai perlawanan, pentadbir kelab, sukarelawan dan penonton.”

Pengerusi EFA, Greg Clarke:

“Kempen kami ini telah lama bermula dan sejak penubuhannya bertahun dahulu, keinginan pihak kami dalam memperbaiki cara serta sentuhan dalam meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai kepentingan dan manfaat Respect sentiasa berterusan.

“Perkongsian ilmu antara Persatuan Kebangsaan menjadi kunci utama dalam pembangunan bola sepak dan sememangnya kami gembira dapat sama-sama berkongsi, menawarkan bimbingan dan berkerjasama dengan FAM untuk program Respect dijalankan di negara mereka.”

EFA melancarkan Respect pada 2008 susulan masalah tingkah laku semakin meruncing dalam perlawanan peringkat kebangsaan. Dalam tempoh 11 tahun ini, beberapa kempen susulan turut dijalankan untuk mengawal masalah membabitkan layanan terhadap pengadil dan penggunaan kata-kata kesat pada sisi garisan padang. Kempen yang terkini ‘We Only Do Positive’ telah dilancarkan untuk mendidik jurulatih dan ibu bapa mengenai peranan peranan mereka dalam mewujudkan persekitaran positif di pelawanan remaja atau bola sepak mini.

Pada Oktober 2018, FAM melancarkan pelan hala tuju F:30 dalam usaha menggariskan visi dan misi persatuan menjelang 2030. Dalam usaha membina misi baharu ini, FAM melihat Respect mempunyai nilai asas yang seharusnya diamalkan di setiap perlawanan akar umbi ke peringkat profesional.

Maka dengan itu dan sejajar dengan kejayaan kempen Respect, FAM menjalinkan kerjasama dengan EFA untuk input serta sokongan dalam menaikkan lagi profil Respect dalam arena bola sepak Malaysia.

Hasil kerjasama EFA dan FAM, kempen ‘Together’ akan dilancarkan oleh FAM pada 14 November 2019 dengan fokus utama untuk mengatasi masalah layanan terhadap pegawai rasmi perlawanan juga penyokong dalam liga profesional.

Pada Januari 2020, FAM akan melancarkan satu lagi kempen – ‘Play Positive’ – yang menumpukan pada peranan jurulatih dan ibu bapa dalam mewujudkan persekitaran terbaik buat pemain berusia 4-12 tahun. Kempen Itu juga akan dilancarkan bersama liga akar umbi baharu selari dengan usaha FAM menggalakkan pemain di usia muda berkecimpung dalam bola sepak kebangsaan.

FAM juga akan melancarkan aktiviti pendidikan dan prosedur disiplin yang mana ia akan menjadi sebahagian daripada sokongan kepada kedua-dua kempen berkenaan.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web baharu yang dilancarkan FAM http://fam.org.my/respect atau ikuti akaun Instagram @FAMRespect.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN