Sebelum ini Unai Emery sudah memberitahu bahawa pengurusan tertinggi memberikan sokongan kepada beliau.
Josh Kroenke antara yang datang berjumpa dengan beliau dan menyatakan sokongan kepadanya. Unai juga mendedahkan Josh yakin dengan perancangan beliau untuk masa depan Arsenal.
Namun masa depan Emery mulai menjadi tanda tanya selepas kekalahan di tangan Leicester. Beberapa media melaporkan bahawa, Arsenal sudah menyenaraikan beberapa pengganti kepada Unai Emery.
Ini termasuk bekas pengendali Barcelona, Luis Enrique.
Para penyokong Arsenal mahu Unai Emery segera dipecat selepas mendapatkan ramai pemain bintang dalam perpindahan lalu. Namun masih gagal memberikan hasil memuaskan.
Tetapi berita itu terus dijawab oleh David Ornstein yang menegaskan bahawa kedudukan Unai Emery sebagai pengendali Arsenal adalah selamat.
Ornstein berkata: “Bos Arsenal 100% di belakang Unai Emery. Menafikan sebarang perubahan atauapun perbicangan dengan calon pengganti.”
“Mereka merancang untuk menilai semula kedudukan Emery pada musim panas akan datang.”
“Kroenke dan lembaga eksekutif memberikan sokongan penuh dan tidak akan melayan sebarang bunyi bising. Dan mereka yakin pasukan akan menujukkan peningkatan serta Arsenal berada di landasan yang tepat.”
Arsenal bosses “100%” behind Unai Emery, deny considering change or talking to candidates, plan to review in summer. Kroenkes + execs offering full support, won’t react to “noise”, feel results will improve atmos & think #AFC on right path. @TheAthleticUK: https://t.co/rXXrMAtd9a
— David Ornstein (@David_Ornstein) November 10, 2019
Kenyataan David Ornstein itu dikuatkan lagi oleh seorang koresponden yang turut dipercayai iaitu Fabrizio Romano.
Ramano menjawab persoalan yang dikemukakan oleh peminat Arsenal di Twitter.
Fabrizio Romano berkata: “Buat masa ini, Emery akan terus kekal. Ini kerana buat masa ini, pengurusan tertinggi Arsenal langsung tidak memberikan isyarat ataupun komunikasi untuk memecat beliau.”
“Itu adalah situasi ketika ini. Namun kita tunggu sahaja apa yang akan berlaku kelak. Bola sepak itu gila.”
because at the moment Arsenal are not giving him any signal or communication about sacking him… that’s the situation right now, but let’s see what will happen! Footbal is crazy 🤙🏻
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 10, 2019
Nampaknya persoalan tentang masa depan Unai Emery sudah terjawab. Beliau mengakui dalam keadaan sukar ketika ini termasuk isu melibatkan Granit Xhaka dan keputusan kurang memberangsangkan oleh Arsenal di atas padang.
Namun Unai Emery yakin akan bangkit kerana menurutnya, beliau sudah pernah melalui situasi seperti ini banyak kali di dalam kariernya.