Nafuzi Zain: Faris Ramli Pemain Yang Bijak Dan Pengalamannya Diperlukan TFC

nafuzi zain, terengganu fc

Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain menyatakan kepada The Star telah lama memantau perkembangan Faris Ramli dan tidak sabar untuk bekerjasama dengannya pada musim hadapan.

Pemain sayap menyerang yang berasal daripada Singapura itu baru diumumkan sebagai pemain baharu Terengganu FC pada minggu lalu dan menjadi pemain pertama yang menyertai Sang Penyu.

Sebelum berhijrah, Faris Ramli beraksi bersama kelab Liga Premier Singapura (SPL), Hougang United yang disertainya pada April 2019 selepas gagal beraksi di Liga Malaysia bersama Perlis NL FC.

Faris Ramli bukanlah asing di Liga Malaysia kerana pernah beraksi bersama Lions XII pada musim 2013 hingga 2015 dan juga PKNS FC pada musim 2018. Untuk empat musim bersama dua kelab tersebut, pemain berusia 27 tahun itu telah meledak 27 gol.

“Saya telah memantau perkembangan Faris [Ramli] sejak dia beraksi bersama Lions XII lagi. Baru-baru ini dia memenangi anugerah pemain terbaik [Singapura] dan ia tidak mengejutkan kerana dia adalah seorang pemain yang cemerlang di padang.

“Saya perlukan pemain sepertinya di dalam pasukan saya kerana mahu menggunakan kebijakkannya dan pengalamannya. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengannya,” ujar Nafuzi Zain.

Faris Ramli baharu sahaja dinobat selaku Pemain Terbaik SPL 2019 selepas membantu Hougang United meraih kedudukan ke-3 liga dan turut meledak 17 gol untuk 27 penampilannya musim lalu.

Bercakap mengenai musim 2020, Terengganu FC dijangkakan akan menggunakan majoriti pemain-pemain muda yang dimiliki kelab bagi membentuk gaya tersendiri ataupun trademark pasukan.

Dan menurutnya lagi, mereka ketika ini hanya memburu beberapa pemain lagi termasuk pemain import untuk posisi pertahanan tengah dan juga penyerang untuk melengkapkan pasukan.

Mereka telah melepaskan 12 pemain dan mengekalkan 13 pemain musim lalu termasuklah kapten, Lee Tuck dan juga pemain skuad kebangsaan Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov yang cemerlang membantu Sang Penyu mengharungi musim 2019 yang lalu.

“Kami baru sahaja memenangi kejohanan jemputan di Bangladesh. Kami membawa bersama pemain-pemain muda kami dan saya terpegun dengan bakat mereka,” jelas pengendali muda itu.

“Terengganu ada gaya permainan yang tersendiri dan saya mahu pemain-pemain tempatan kita yang bermain untuk kita [musim depan]. Kami mesti miliki trademark tersendiri,” tambahnya lagi.

Kredit Featured Image: Stadium Astro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN