Kesilapan Jarome Boateng yang menjatuhkan Goncalo Pacencia nyata mengundang padah selepas pemain pertahanan Bayern Munich itu dibuang padang dan pasukannya terpaksa mengharungi 80 minit permainan dengan hanya 10 orang pemain.
Bayern tampil garang pada awal perlawanan dengan percubaan Serge Gnabry namun segalanya berubah beberapa minit selepas itu. Boateng pada awalnya menerima kad kuning, namun pengadil mengubah keputusannya selepas membuat semakan VAR. Ianya adalah kad merah kelima buat pemain berusia 31 tahun itu dalam Bundesliga sepanjang kariernya.
Rot-Schock für #FCBayern: Jerome #Boateng fliegt gegen Frankfurt vom Platz – #FCB ohne drei Verteidiger gegen #BVB!
➡️ https://t.co/VNA2TFN7Wo pic.twitter.com/9M7RjrIWaI
— Der SPORTBUZZER (@Sportbuzzer) November 2, 2019
Filip Kostic memulakan penyeksaan ke atas Bayern pada minit ke-25 dengan gol pertama dari jarak dekat menewaskan penjaga gol, Manuel Neuer selepas percubaan dari pemain Frankfurt terbias mengenai David Alaba.
Lapan minit kemudian, Kostic membuat hantaran lintang tepat menemui Djibril Sow yang membuat rembatan separa voli untuk gol kedua pasukan tuan rumah.
Beberapa minit kemudian, Robert Lewandowski yang menerima hantaran dari pemain muda, Alphonso Davies merapatkan kedudukan menerusi gerakan solonya yang menghasilkan gol ke-14 peribadinya musim ini. Pemain antarabangsa Poland itu melebarkan rekod dengan menjaringakan gol dalam semua 10 perlawanan awal liga.
It was a day to forget for FC Bayern, but @lewy_official made it 🔟 goals from 🔟 Matchdays 🎳
And that's a record to remember 👏 pic.twitter.com/K6mhNevz9v
— Bundesliga English (@Bundesliga_EN) November 2, 2019
Empat minit selepas bermula babak kedua, giliran kapten Frankfurt, David Abraham pula mencetak nama selaku penjaring dengan menolak bola hantaran lintang dari Danny da Costa. Ia adalag gol pertama Abraham sejak September 2016.
Filip Kostic terus menjadi watak penting di Commerzbank Arena dengan hantarannya dari sepakan penjuru ditanduk oleh pemain pertahanan, Martin Hinterrgger untuk gol keempat Frankfurt.
⚽ Kostic, first of the season
⚽ Sow, first of the season
⚽ Abraham, first of the season
⚽ Hinteregger, THIRD of the seasonNo Hinti, no party 🎉#SGEFCB 4-1 pic.twitter.com/WX5HtUUnal
— Bundesliga English (@Bundesliga_EN) November 2, 2019
Lima minit sebelum tamat perlawanan, pemain gantian, Andre Silva menggelecek mengatasi dua pertahanan Bayern sebelum membuat hantaran pendek kepada Goncalo Pacencia untuk gol terakhir perlawanan.
Untuk kali pertama, Manuel Neuer melepaskan lima gol dalam satu perlawanan sepanjang kariernya di saingan Bundesliga.
Tamat perlawanan, Bayern Munich ternyata terkesan dengan kekurangan seorang pemain dan akur dengan kekalahan besar 5-1 sekaligus tergelincir di kedudukan keempat liga.
Dalam satu lagi perlawanan penting, pendahulu liga, Borussia Monchengladbach memanfaatkan kekalahan Bayern dengan mengatasi cabaran Bayer Leverkuson di BayArena.
No. 1 in t̶h̶e̶ ̶R̶h̶i̶n̶e̶ Germany 🐎💚#DieFohlen #B04BMG pic.twitter.com/MBmgvsN7Je
— Gladbach (@borussia_en) November 2, 2019
Beraksi di gelanggang lawan ternyata tidak menggugat skuad kendalian Marco Rose dengan memastikan kemenangan menerusi dua gol pada separuh masa pertama oleh Oscar Wendt dan Marcus Thuram.
Kini skuad Die Fohlen itu terus menghuni takhta Bundesliga dengan 22 mata, tiga mata mengatasi Borussia Dortmund yang turut mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Wolfburg di Signal Iduna Park.
Borussia Mönchengladbach defend top spot for another week ✊ pic.twitter.com/cRACJY5MlG
— Bundesliga English (@Bundesliga_EN) November 2, 2019