Apa yang harus dilakukan seorang pertahanan dalam pressing ?
Tugas utama pertahanan adalah untuk menghalang penyerang lawan daripada masuk ke dalam kawasan bahaya.
Contohnya, menhalang pihak lawan daripada melakukan atau menerima hantaran ofensif (forward passes), menghalang gerakan masuk ke dalam kawasan gol dan menghadang rembatan ke arah gol.
Pressing pula bermaksud melakukan tekanan di dalam unit. Ia berbeza dengan perihal melakukan pressure. Ini kerana pressure hanya dilakukan secara individu ke atas individu.
Jadi, berbicara soal pressing, ia melibatkan posisi, gerakan taktikal dan juga tumpuan secara unit.
Berikut adalah perkara yang harus diutamakan oleh pertahanan ketika melakukan pressing.
1. Memintas bola
Ini adalah perkara yang paling utama. Memintas bola adalah aktiviti yang sangat bersih di antara semua aktiviti pertahanan.
Ada pertahanan akan memberikan false space untuk memintas bola yang dihantar ke situ. Memintas bola akan menghancurkan hubungan (connection) di antara pemain lawan.
Anda lihat contoh Luka Modric, salah seorang pemain yang bijak dalam mencipta false space dan memintas bola.
2. Bentesan
Sekiranya pasukan anda gagal untuk memintas bola, bentesan adalah pilihan yang kedua.
Pastikan anda bijak untuk memaksa pihak lawan untuk melakukan sentuhan yang lemah untuk melakukan bentesan yang memenangi bola.
Namun seorang pertahanan harus tahu keupayaan lawan mereka. Ada penyerang yang terlalu bagus dan sengaja menunggu bentesan dilakukan untuk mereka memanipulasi ruang.
Jadi, dalam melakukan bentesan pemain pertahanan haruslah tidak hilang fokus kepada bola dan melakukannya pada keadaan yang tepat.
Lakukan penilaian yang bijak, sama ada bentesan itu tidak akan menyusahkan pasukan sekiranya ia berpotensi dibuang padang.
Contohnya, pemain sudah ada 1 kad kuning. Ataupun ia adalah bentesan pertahanan terakhir.
3. Desak pemain lawan ke kawasan kurang ancaman
Biasanya anda akan melihat pertahanan akan cuba mendesak pemain lawan ke kawasan sisi (wide area). Dalam proses ini, pemain-pemain akan cuba memasang semula perangkap pertahanan.
Dalam proses untuk menolak ancaman pemain lawan ke sisi, pemain perlu bijak dalam mengawal timing agar tidak terlalu agresif dan tidak terlalu lambat.
Ini kerana, jika terlalu cepat, anda akan menyukarkan pemain lain untuk membentuk bentuk (shape) pertahanan di belakang.
Jika terlalu lambat, ia boleh dimanipulasi oleh pemain lawan dengan mencipta ruang dengan segera.
Lihat gol Mirchev ini, sebenarnya pemain Kelantan sudah menolak Zaquan ke zon kurang bahaya dan mereka boleh menekan Zaquan untuk melakukan kesilapan atau berpatah balik.
Namun, kaitkan ia dengan isi ke-2 di atas. Pemain melakukan bentesan lemah dan ruang terbuka sedangkan pemain Perak sudah berada di zon sisi.
https://www.youtube.com/watch?v=tzzqh-mLcvw
Ini yang dilakukan Atletico yang membuka ruang di sisi dan kekal kompak di dalam. Supaya pihak lawan ada opsyen hantaran lintang sahaja.
Itupun pemain tersebut akan sukar untuk melepaskan hantaran sempurna pressure yang akan dikenakan serta kemampuan pemain pertahanan memenangi bola di udara.
4. Larian pemulihan
Ia disebut recovery runs. Ini antara proses penting di dalam pressing. Ini dilakukan ketika diserang balas oleh pihak lawan.
Kebiasannya pemain akan berlari ke near post yang mahu diserang oleh pemain lawan. Seorang lagi akan cuba mengawal kawasan yang di sebelah.
Larian pemulihan ini perlu digerakkan dengan cepat dan segera walaupun anda melihat ancaman di bahagian lain.
Lihat contoh di bawah, cara United melakukan recovery runs dengan keupayaan mereka melambatkan serangan balas lawan.
Lihat gerakan Jones-Rojo-Valencia yang cuba menutup 3 titik utama. Far post, tengah dan near post.
Rumusan
Rumusannya, ketika bertahan di dalam unit, pemain harus peka dengan gerakan berpasukan dan tindakan secara individu.
Ada pertahanan akan cuba mengelak daripada melakukan kontak dengan bola ataupun pemain lawan dengan segera. Pertahanan jenis ini bijak bermain dengan ruang dan melambatkan gerakan lawan.
Jadi, bertahan dalam unit menuntut pemain untuk tahu akan asas taktikal bertahan mereka seperti yang sudah dirancang jurulatih.
Pemain perlu ada komitmen tinggi dan kecerdasan yang sangat baik.