Piala Malaysia 2019: Selangor Tagih Sokongan Penyokong Banjiri Stadium Shah Alam

Selangor

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr. Johan Kamal Hamidon menagih sokongan daripada seluruh penyokong Merah Kuning agar sama-sama turun ke Stadium Shah Alam pada 26 Oktober ini pada separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Skuad juara 33 kali itu berjaya melayakkan diri ke aksi empat pasukan terbaik tersebut selepas menundukkan Perak 3-2 secara agregat dalam saingan suku akhir.

“Kami amat mengalu-alukan sokongan daripada rakyat Selangor kerana pertemuan dengan JDT ini ibarat final malah keempat-empat pasukan yang layak ini berada dalam kalangan empat terbaik Liga Super.

Johan Kamal
Dr. Johan Kamal

“Itu menggambarkan betapa sengitnya perlawanan yang kami akan hadapi berdepan JDT malah ramai yang meramalkan ia sukar buat Selangor dan kami tetap akan ambil positif kerana berpeluang menentang pasukan hebat di Liga Malaysia.

“Justeru, kami mengharap sokongan daripada semua penyokong untuk sama-sama menghangatkan suasana di stadium nanti dalam usaha Selangor menidakkan ramalan ke atas pasukan pilihan, ” katanya.

Selangor terlebih dahulu akan bertandang ke Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin pada Sabtu ini untuk aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2019.

Kredit foto: FA Selangor

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN