Piala Malaysia 2019: 6,000 Tiket Dalam Talian Aksi Di Stadium Darul Aman Telah Terjual

Kedah

Demam Piala Malaysia semakin menyelubungi penyokong Kedah apabila Setiausaha Eksekutif Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Shahrul Samsudin mengesahkan sebanyak 6,000 keping tiket bagi saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman 19 Oktober ini telah terjual melalui dalam talian.

Malah Shahrul menjangkakan sambutan hangat penonton pada hari penjualan tiket di perkarangan stadium, 18 Oktober ini dengan jangkaan tiket perlawanan Kedah dengan Pahang akan habis dijual.

Bagi penyokong pasukan pelawat, KFA dijangka akan memperuntukkan kuota 1,000 keping tiket dan sebagai balasan, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) bersetuju menyerahkan jumlah yang sama kepada penyokong Kedah ketika bertandang ke Stadium Darul Makmur, 26 Oktober ini.

“Jawatankuasa Tiket dan Pintu KFA buat keputusan akan menjual tiket perlawanan di perkarangan stadium pada Jumaat, ini, iaitu satu hari awal pada perlawanan sebenar.

“Sekiranya tiket tidak habis, baki tiket akan dijual pada hari perlawanan dan maksimum tiket kami akan jual kepada penyokong Kedah ialah 22 ribu,iaitu kapasiti maksimum di Darul Aman, tidak termasuk penyokong lawan.

“Untuk jualan dalam talian, kami mendapat sambutan yang menggalakkan dan terima kasih kepada Shopee yang membantu dengan tiket di tempat duduk terbuka sudah habis dijual selain sedikit sahaja lagi baki yang tinggal untuk di bahagian astaka lama.

“Penyokong Pahang kami peruntukan 1,000 keping tiket maksimum berdasarkan perbincangan dan di separuh akhir kedua, kami juga bakal mendapat jumlah yang sama, ” katanya.

Beliau ditemui pada mesyuarat koordinasi Malaysian Football League (MFL) bersama pasukan yang layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2019 di ibu pejabat MFL, pada Isnin.

Kredit foto: FA Kedah  

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN