Kelayakan Euro 2020: England Belasah Bulgaria 6-0 Dalam Perlawanan Penuh Toksik

Kemenangan England di kelayakan Euro 2020 menentang Bulgaria di Sofia dicemari insiden perkauman yang memalukan sehingga pegawai perlawanan menghentikan perlawanan sebanyak dua kali dengan niat melakukan penangguhan.

Skuad kendalian Gareth Southgate membelasah lawan mereka itu 6-0 dalam atmosfera yang dianggap penuh toksik sepanjang perlawanan.

Insiden cemuhan berbaur perkauman dari penyokong Bulgaria tetap berlaku walaupun sebahagian daripada tempat duduk di Stadium Vasil Levski sudah ditutup, kerana insiden sama pada Jun lalu.

Tyrone Mings yang tampil buat kali pertama untuk negaranya, adalah antara mangsa terawal. Mings berhadapan dengan penyokong tuan rumah selepas mendengar cemuhan perkauman ditujukan ke arahnya.

Pengadil perlawanan, Ivan Bebek terpaksa menghentikan perlawanan pada minit ke-28, selepas Raheem Sterling turut menjadi mangsa selepas itu.

Perlawanan babak pertama terpaksa dilanjutkan beberapa minit selepas perlawanan dihentikan, dan pegawai perlawanan terpaksa memberi amaran kepada penyokong tuan rumah, sesuai dengan protokol oleh UEFA mengenai cara mengendalikan isu perkauman ketika perlawanan.

Walaupun mengalami masalah dari penyokong tuan rumah, ia langsung tidak menjejaskan aksi The Three Lions di atas padang. Marcus Rashford menjaringkan gol pembukaan untuk England.

Ini diikuti oleh tolakan mudah oleh Ross Barkley, dan tandukan oleh Kieran Trippier untuk melebarkan kedudukan kepada 3-0. Sterling turut menyempurnakan peluang terhidang dengan mudah untuk England mendahului 4-0 pada babak pertama.

Sterling kemudiannya menunjukkan tiada rasa simpati kepada penyokong tuan rumah dengan gol kedua peribadi dalam perlawanan ini untuk England mendahului 5-0.

Harry Kane melengkapkan kemenangan bergaya England pada minit ke-85 perlawanan.

Berbaki dua lagi perlawanan di pusingan kelayakan, England kini kekal mendahului Kumpulan A dengan 15 mata dan berada di landasan terbaik untuk melayakkan diri ke kejohanan Euro 2020.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN