England kalah buat pertama kali dalam pusingan kelayakan dalam masa 10 tahun.
Ianya bukanlah rekod yang teruk. Namun cara England kalah itu yang menjadi persoalan. England bermain dengan tidak bermaya dan hilang kawalan ke atas perlawanan.
Gareth Southgate pula tampil memberikan alasan yang agak pelik.
“Kita harus sentiasa menerima tanggungjawab. Kita mencuba sesuatu untuk membolehkan kita menjadi lebih kukuh ketika tanpa bola. Namun itu tidak berlaku.”
“Kita tidak kukuh dan kita lemah untuk menggunakan bola pada separuh masa pertama. Rasanya, separuh masa kedua kita lebih baik dan mencipta lebih banyak peluang untuk menang.”
“Ramai pemain kami yang tidak bermain baik di kelab. Itulah situasi yang kita hadapi sekarang ini. Dan beberapa masalah di beberapa posisi tertentu.”
“Kita terima keputusan ini secara kolektif.”
Ramai yang mempersoalkan pemilihan pemain oleh Southgate. Jika beliau tahu ada beberapa pemain kurang bermain baik di peringkat kelab, kenapa beliau masih menurunkan pemain seperti Danny Rose?
Begitu juga dengan Kieran Trippier yang masih menunjukkan aksi kurang memberangsangkan bersama skuad kebangsaan.
Ini kerana menurut penyokong England, mereka ada Ben Chilwell dan Trent Alexander-Arnold yang dalam prestasi terbaik.
Seterusnya, Harry Kane dan Rashford turut bergelut dengan prestasi dalam beberapa perlawanan di Spurs. Gareth Southgate tetap ada pilihan seperti Tammy Abraham.
"There are players who are not playing well for their clubs, that is the situation."
Gareth Southgate had plenty to say after defeat for England.
Full story: https://t.co/ZbnB0o3eAs pic.twitter.com/b1fSaQqLTY
— BBC Sport (@BBCSport) October 11, 2019
Penyokong England pastinya kecewa kerana England ada gedung bakat yang sangat besar berbanding dengan banyak negara lain. Namun Southgate menjadikan alasan pemain tidak beraksi baik di kelab memberikan impak kepada mereka.
Pemain-pemain tersebut tidak boleh memilih diri sendiri jika bukan Southgate.