Manchester United berhadapan dengan krisis di bahagian serangan terutama sekali di posisi no.9.
Selain daripada isu kecergasan, pemain seperti Marcus Rashford tidak konsisten untuk menjadi penjaring gol setiap minggu.
Ole Gunnar Solskjaer, tidak menolak kemungkinan akan memberikan peluang kepada Daniel James untuk menjadi ‘false 9’.
Lantas, Daniel James menyatakan beliau sedia untuk menggalas tugasan no.9. Lagipun beliau sudah merasakan pengalaman menjadi no.9 dalam aksi menentang AZ Alkmaar sebelum ini.
Manchester United akan beraksi menentang Newcastle. Ole Gunnar Solskjaer menyatakan pasukannya sangat memerlukan kemenangan dalam perlawanan ini, untuk menaikkan semula motivasi mereka.
Sejak menang 4-0 ke atas Chelsea, pasukan Man United masih gagal menjaringkan lebih daripada 1 gol dalam perlawanan.
Kegagalan mencari pengganti Romelu Lukaku, membuatkan Solskjaer meletakkan kepercayaan kepada pemain seperti James.
James memberitahu wartawan: “Di Swansea, saya lebih banyak bermain di sayap kiri. Saya juga banyak beraksi di posisi penyerang tengah serta sayap kanan.”
https://twitter.com/SK_Football/status/1180417733084811264
“Ianya penting untuk seseorang pemain itu versatile dalam 3 posisi serangan itu. Hal ini kerana, kamu tidak tahu, bila-bila sahaja kamu akan dipanggil untuk menggalas sesuatu tugas itu.”
“Nombor sembilan pasukan kita mungkin cedera, dan saya harus pergi ke situ dan bermain di situ. Oleh itu, saya harus sentiasa bersedia bermain dalam 3 posisi tersebut.”
“Saya suka untuk bermain di kiri dan memintas masuk ke dalam. Saya juga boleh berlari ke penjuru padang dan melakukan hantaran dengan kaki kiri.”
“Namun buat masa ini, posisi saya lebih kepada pergi masuk ke dalam [cut inside dari posisi sayap kiri].”
“Inilah kepentingan untuk mempelbagaikan gaya permainan.”