UEL 2019/20: Manchester United Diikat AZ Alkmaar Dalam Perlawanan Membosankan

Tajuk artikel ini berlainan dengan kenyataan Ole Gunnar Solksjaer yang mungkim mempunyai jangkaan berbeza dari perlawanan sebegini.

Manchester United menampilkan “permainan baik” dan dinafikan oleh “penalti yang pasti” dalam perlawanan Liga Europa (UEL) yang berkesudahan seri tanpa jaringan menentang AZ Alkmaar,” ujar Ole Gunnar Solkjaer.

United gagal menghasilkan walau satu percubaan tepat, dan dalam perlawanan yang seperti sebuah pasukan yang ‘hilang’, skuad kendalian Solskjaer kini tanpa sebarang kemenangan di 10 perlawanan yang berlangsung di tempat lawan.

Tetapi Solksjaer mahu melihat permainan itu secara positif dan antaranya ialah menekankan sepakan penalti yang tidak diberi pengadil selepas Stijn Wuytens menjatuhkan Marcus Rashford di dalam kotak penalti ketika perlawanan berbaki 10 minit.

Malang sekali, VAR juga tidak digunakan untuk saingan peringkat kumpulan UEL.

“Saya gembira dengan pemain. Ia sepatutnya tiga mata untuk kami,” ujar Solksjaer.

Untuk kekasaran terhadap Rashford, Solskjaer menganggap ia melangkaui sebarang pertikaian untuk dibincangkan kerana sangat jelas.

“Saya tidak percaya apa yang saya lihat. Perkara sama ketika bola terkena tangan ketika menentang Arsenal,” tambah beliau.

“Saya kecewa dengan perkara kecil sebegini. Pemain ini layak mendapat lebih lagi. Ia akan berlaku kemudian dimana ia memihak kepada kami, dan akhirnya pasukan mendapat keputusan akhir perlawanan yang sepatutnya.”

Sebelum itu Solskajer turut mengkritik kualiti padang tiruan yang digunakan, dan menganggap ia adalah yang paling teruk beliau pernah lihat.

“Permainan sebegini dianggap baik, satu mata yang berharga menentang pasukan yang sukar di atas permukaan padang yang teruk,” ujar Solskjaer selepas perlawanan.

Walau apa pun alasan pengurus dari Norway itu, sukar untuk membayangkan bagaimana padang dipersalahkan kerana kegagalan pasukannya melakukan percubaan tepat sepanjang babak pertama.

Tetapi Manchester United mengakhiri perlawanan dengan 10 pemain selepas kecederaan Lingard dan semua pertukaran telah dilakukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN