Voli menarik oleh Willian pada minit ke-78, membolehkan Chelsea membawa pulang 3 mata berharga dari Lille.
Frank Lampard bereksperimentasi dengan sistem 3-4-1-2 dalam perlawanan ini.
Chelsea di hadapan menerusi Tammy Abraham pada minit ke-22. Kebetulan ia dilakukan pada hari jadi ke-22 beliau.
Penyerang muda itu melakukan kawalan bola sangat kemas di hadapan penjaga gol, selepas menerima hantaran Fikayo Tomori – dan menjaringkan gol ke-8 peribadi beliau musim ini.
22 – Tammy Abraham is the second Englishman to score on his birthday in the UEFA Champions League, after Raheem Sterling (for Man City v Borussia Mönchengladbach in December 2015). Candles. pic.twitter.com/za77YYSEpM
— OptaJoe (@OptaJoe) October 2, 2019
Lille beraksi sangat baik dalam perlawanan ini. Percubaan Luiz Araujo dinafikan oleh Kepa Arrizabalaga.
Victor Osimhen menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah, menerusi gol pada minit ke-33.
Jorginho melakukan satu percubaan yang terkena tiang, sebelum rehat separuh masa pertama. Kepa juga dipaksa bekerja keras untuk menafikan tandukan Benjamin Andre.
Bersambung pada babak kedua, Chelsea memperbaiki permainan mereka dengan lebih penguasaan bola. Namun kedua-dua pasukan berhadapan kesukaran untuk mencipta lebih banyak peluang gol.
Ketika keputusan perlawanan seakan-akan dikongsi satu mata, Willian melakukan voli cantik pada minit ke-78. Kredit kepada hantaran cantik oleh Callum Hudson-Odoi. Ia juga gol pada hari Willian melakukan penampilan ke-300 untuk Chelsea.
Lille gagal untuk mencari gol penyamaan, perlawanan berkesudahan, Lille 1 Chelsea 2. Dan ini merupakan perlawanan ke-13 Lille gagal mencipta sebarang kemenangan di pentas Eropah.
Saksikan rangkuman perlawanan di sini: