Highlight UCL: Mohamed Salah Selamatkan 3 Mata Liverpool

Mohamed Salah menjaringkan 2 gol untuk membantu Liverpool mengelak daripada keciciran mata di Anfield.

Liverpool yang tewas dalam aksi pertama sebelum ini, terdesak mahu mendapatkan kemenangan pertama di dalam kempen UCL kali ini.

Liverpool melayan kunjungan Salzburg, dalam aksi pertama mereka di Anfield, selepas kali terakhir beraksi di stadium keramat tersebut, malam kebangkitan menentang Barcelona.

Bekas pemain Salzburg, Sadio Mane membuka tirai jaringan pada minit ke-9. Tiada keraian gol oleh Mane yang menghormati kelab lamanya.

Pada minit ke-25, Andy Robertson menjaringkan gol kedua Liverpool hasil umpanan Trent Alexander-Arnold.

Mohamed Salah menambah 1 lagi gol pada minit ke-36, dari jarak dekat.

Takumi Minamino menjadi watak penting membantu Salzburg bangkit daripada ketinggalan 3 gol. Sebelum rehat, Salzburg menjaringkan 1 gol menerusi Hwang Hee Chan.

Bersambung babak kedua, Liverpool diberikan tentangan luar biasa oleh Salzburg. Gol kedua Salzburg dijaringkan oleh pemain paling cemerlang dalam perlawanan ini, iaitu Takumi Minamino.

Dan pemain gantian, Erling Harland menyamakan kedudukan pada minit ke-60. Penyokong Salzburg menjadi ‘gila’ meraikan gol tersebut.

Pasukan mereka baru sahaja bangkit daripada ketinggalan 3 gol dengan menyamakan kedudukan 3-3.

Liverpool bergelut dengan permainan dan tempo pada separuh masa kedua.

Tersentak dengan kebangkitan Salzburg itu, Liverpool kembali memperkemaskan renatk mereka.

Pada minit ke-69, bintang Liverpool, Mo Salah menjaringkan gol kemenangan pasukannya, apabila menyempurnakan hantaran ‘flick’ oleh Roberto Firmino.

Liverpool menang 4-3 dalam aksi ini. Dan kemenangan ini sangat bermakna untuk Liverpool. Mereka berada di tangga ke-2 di belakang Napoli – yang terikat dengan Genk.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini:

Leave a Reply