Gandingan AFF 2018, Aidil Zafuan-Shahrul Saad Bakal Dihidupkan Kembali

Aidil Zafuan Nurul Sriyankem Thailand Malaysia Piala AFF

Dalam tiga perlawanan tanpa kehadiran Aidil Zafuan Abd Razak, benteng skuad negara dilihat sedikit rapuh apabila kombinasi baharu, Shahrul Saad dan Adam Nor Azlin gagal membentuk gandingan mantap untuk mengekang asakan lawan.

Dalam tiga aksi tersebut, Harimau Malaya melepaskan lima gol dan rekod bolos ini mungkin sedikit merisaukan Tan Cheng Hoe lantas memanggil kembali pertahanan berpengalaman, Aidil Zafuan.

Malaysia tewas 0-1 kepada Jordan, menang 3-2 ke atas Indonesia sebelum tunduk 1-2 kepada UAE dalam aksi kedua kelayakan. Bakal menentang Vietnam untuk aksi ketiga, Tan Cheng Hoe tidak teragak-agak lagi untuk ‘menghidupkan’ gandingan Shahrul-Aidil.

Kali terakhir Aidil Zafuan beraksi bersama adalah ketika skuad negara meraih gelaran naib johan Piala AFF Suzuki 2018 selepas tewas 2-3 kepada Vietnam di pentas final dan pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berada dalam kesebelasan utama yang tewas 0-1 di Stadium My Dinh pada aksi timbal balik.

Perlawanan pemanas badan berdepan Sri Lanka pada Sabtu ini adalah peluang buat pengendali berusia 51 tahun itu mencuba kesebelasan baharu bagi memperbaiki struktur pasukan.

Antara pemain yang dijangka bakal diberikan peluang untuk memikat Tan Cheng Hoe adalah Aidil Zafuan dan pemain tengah bertahan, Azzizan Nordin yang menggantikan Azam Nor Azih.

Sementara itu, Shahrul Saad ketika bercakap kepada The Star mengenai kehadiran semula Aidil Zafuan berkata, semua gembira dengan penyenaraian semula pertahanan berpengalaman itu.

“Semua pertahanan gembira dengan kembalinya Aidil Zafuan. Kami tahu akan kemampuannya dan dengan bimbingannya, benteng skuad negara mungkin akan lebih ampuh.

“Dengan kemasukkannya semula, pasukan kelihatan sangat bersemangat dan saya berharap akan dapat mencatatkan keputusan positif di Hanoi kali ini,” ujarnya sambil menjelaskan skuad Malaysia kali ini lebih bersedia berbanding sebelum ini.

“Kita gagal menewaskan Vietnam dalam tiga perlawanan terakhir tetapi kali ini ianya perlawanan yang berbeza, tahun berbeza dan juga semangat yang berbeza,” tambah kapten Perak itu lagi.

Selepas menentang Sri Lanka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, skuad negara akan berlepas ke Hanoi untuk aksi ketiga Kumpulan G menentang Vietnam pada 10 Oktober depan.

Kredit Featured Image: AFF 2018 Website

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN