Tan Cheng Hoe: Semua Pemain Menepati Kriteria Berpeluang Wakili Malaysia

“Pintu skuad kebangsaan sentiasa terbuka untuk semua pemain yang mempamerkan aksi terbaik”, itu penegasan Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengenai pemilihan pemain yang akan mewakili negara dalam perlawanan antarabangsa.

Mengulas lebih lanjut, Cheng Hoe menyenaraikan beberapa kriteria yang ditetapkan seperti faktor umur, mampu menyerapkan corak permainan skuad itu, mempunyai bakat individu dan teknik perlawanan yang baik.

Jurulatih berusia 51 tahun itu memberi komen berkenaan kerana berkemungkinan akan memanggil beberapa pemain lain berikutan kecederaan yang menimpa tonggak utama seperti Nor Azam Abdul Azih, J. Partiban, Daniel Amier, Halim Saari dan Shahrul Mohd Saad.

“Buat masa ini, kita nak melihat perkembangan positif daripada Nor Azam, kerana beliau telah mempamerkan aksi yang baik pada dua perlawanan sebelum ini (Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu).

“Tetapi harus di ingat bahawa kita tidak boleh bergantung kepada satu-satu pemain sahaja. Yang penting, sesiapa yang diturunkan pada perlawanan nanti, harus menunjukkan prestasi yang baik,” katanya ketika ditemui wartawan Bernama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras hari ini.

Cheng Hoe turut melahirkan rasa tanggungjawab untuk membangunkan bakat-bakat muda yang merupakan masa depan skuad negara. Namun dalam masa yang sama, beliau perlu memastikan pemain-pemain senior yang mempunyai pengalaman berada dalam prestasi terbaik.

Sekalipun misi utama adalah untuk mendapatkan keputusan terbaik dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, beliau masih kekal dengan falsafah untuk memberi peluang kepada pemain muda berbakat.

“Ianya penting kerana mereka (pemain muda) merupakan masa depan. Mereka mempunyai tenaga untuk bermain, manakala pemain senior mempunyai pengalaman bermain, jadi ia satu cabaran untuk saya sebagai jurulatih membuat pilihan pemain.

“Memang betul pemain skuad Bawah 19 tahun, Luqman Hakim Shamsudin dan Mukhairi Ajmal menonjol, tapi kita masih memantau dan mereka mempunyai kejohanan penting (kelayakan Kejohanan B-19 AFC 2020) pada Nov ini. Mungkin pada tahun depan baru kita akan beri peluang kepada mereka,” katanya lagi.

Tan Cheng Hoe: “Ya, Luqman Hakim Sangat Mengujakan, Namun…”

Skuad kebangsaan akan memulakan aksi antarabangsa dengan perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka pada Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan berkenaan seharusnya dimanfaatkan sebaiknya oleh Cheng Hoe untuk menguji pemain-pemainnya dan mendapatkan ramaun terbaik sebelum aksi bertemu Vietnam dalam kempen kelayakan tersebut

Malaysia kini di tangga ketiga dalam Kumpulan G dengan tiga mata selepas dua perlawanan. Perlawanan ketiga bagi skuad negara itu akan berlangsung pada Khamis, 10 Oktober di Stadium MyDinh, Hanoi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN