2 Gol Buat David Rowley Kian Bersemangat

david rowley kedah

Mula kerap mendapat tempat dalam kesebelasan utama setelah kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar dialihkan ke posisi sayap kanan semula, David Rowley semakin hari, semakin mula mempamerkan keyakinan dalam aksi dan permainannya bersama Kedah.

Bergandingan bersama Edgar Bernhardt di tengah, David Rowley boleh dianggap seperti ‘Journeyman Midfielder’, yang tidak terlalu menyerlah namun boleh diharapkan menggerakkan jentera tengah dan juga sudah berpengalaman luas beraksi di pelosok negara.

Dalam suku akhir Piala Malaysia menentang PKNP FC baru-baru ini, David Rowley menjadi pemain tumpuan selepas berjaya meledak dua gol – satu ketika membantu kemenangan di Manjung dan satu lagi ketika menang besar dalam aksi timbal balik di Darul Aman.

Beraksi bersama PDRM, Negeri Sembilan dan Kelantan, pemain berusia 29 tahun ini tidak pernah meledak gol dan setelah beberapa bulan bersama Kedah, akhirnya David Rowley kembali dengan sentuhan gol – kali terakhir sekitar tiga tahun lepas.

Ini membakar semangatnya untuk terus memberikan yang terbaik disamping berterima kasih kepada rakan sepasukan terutamanya Baddrol Bakhtiar atas bantuan dan ‘assist’ yang diberikan.

“Saya perlu berterima kasih kepada kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar yang melakukan hantaran cantik bagi membolehkan saya menghasilkan dua gol penting untuk saya hadiahkan kepada pasukan dan penyokong Kedah di suku akhir.

“Jelas ia bukan usaha saya berseorangan namun semangat sepasukan ditunjukkan semua pemain yang inginkan kemenangan turut melonjakkan semangat kami,” ujar pemain kacukan Malaysia-Australia itu yang dipetik daripada Berita Harian.

Ketika mula menyertai Helang Merah, David Rowley mengharapkan bantuan rakan sepasukan yang berpengalaman luas dan jurulatih berkaliber untuk meningkatkan keupayaan dan prestasinya.

Dan ketika sebelum saingan suku akhir tempohari, pemain yang pernah beraksi di Australia, Thailand, Luxembourg dan Jerman itu menyatakan melihat aura semangat untuk meneruskan kemaraan.

“Sejak sebelum perlawanan lagi saya dapati semangat tinggi yang ada pada semua rakan sepasukan berjaya menghasilkan komitmen kami sasarkan iaitu fokus untuk mara ke peringkat separuh akhir,” jelasnya yang mahu melakukan yang terbaik berdepan Pahang.

Kredit Featured Image: Kedah FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN