Nice Pecat Pemain Curi Jam Tangan Rakan Sepasukan

Kelab Ligue 1 Perancis, Nice mengambil langkah drastik menamatkan kontrak Lamine Diaby-Fadiga selepas pemain itu mengakui bersalah mencuri jam tangan rakan sepasukan.

Jam tangan milik pemain Denmark, Kasper Dolberg itu dianggarkan bernilai £62,000.

Pada minggu lalu, jam miliki Kasper Dolberg gagal ditemui di bilik persalinan. Dolberg awalnya, meminta kelab untuk menyiasat secara tertutup. Namun tiada tindakan diambil oleh kelab.

Selepas gagal memaksa siasatan dalaman oleh kelab dilakukan, pemain kebangsaan Denmark itu menyerahkan kes itu kepada polis. Siasatan polis menjurus kepada seorang saspek iaitu, Lamine Diaby.

Lamine Diaby merupakan pemain yang dianggap prospek dalam pasukan Nice. Beliau mewakili Perancis di peringkat B-16 sehingga B-18.

“Nice dan Lamine Diaby-Fadiga memutuskan untuk berpisah pada Selasa,” ujar kenyataan dari kelab tersebut.

“Selepas kes kecurian jam tangan milik Kasper Dolberg di bilik persalina, dan juga pengakuan pemain [Diaby], pihak kelab mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak pemain tersebut serta merta.

“Atas nama semangat kesukanan dan pertimbangan kewangan, Nice tidak boleh menerima sikap sebegini yang mengkhianati keyakinan yang menyatukan semua phika di kelab ini selama ini sebagai satu keluarga.”

Dolberg menyertai Nice dari Ajax pada musim panas lalu, manakala Diaby-Fadiga sudah pun bersama kelab sejak tiga tahun lalu.

Nice kini berad di kedudukan ke-6 Ligue 1, dan akan berhadapan Nantes pada Sabtu hadapan.

Amat sukar untuk membayangkan bagaimana hala tuju karier Diaby selepas ini. Untuk menyertai kelab baharu, beliau perlu menunggu sehingga jendela perpindahan Januari dibuka.

Dalam keadaan sekarang, peluang kedua adalah satu perkara yang beliau harapkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN