SCL 2019: MBSA Kejutkan NPNG FC Damansara Damai

MBSA FC

MBSA FC melakar kejutan pada aksi terakhir minggu pertama Selangor Champions League (SCL) 2019 selepas menundukkan NPNG FC Damansara Damai 2-0 dalam aksi kumpulan B, sebentar tadi.

Meskipun turun selaku antara pasukan tumpuan untuk menyinar pada edisi kali ini, NPNG FC Damansara Damai tidak diberikan laluan mudah oleh MBSA FC pada perlawanan yang berlangsung di Arena MPSJ itu.

MBSA FC yang membuat penampilan sulung dalam saingan Selangor Champions League dilihat berjaya menyerap tekanan diberikan NPNG FC terutamanya pada babak pertama dan bijak menggunakan kesempatan terhidang pada 35 minit seterusnya.

Seperti kebiasaan perancang tengah kreatif, Lukhman Noor Hakim menjadi sandaran utama buat NPNG dalam mengkucar-kacirkan jentera pertahanan MBSA FC.

Penyerang import NPNG FC Damansara Damai, Patrick Asare memperoleh peluang pada minit kelima tetapi percubaan hasil gerakannya dalam kawasan penalti dinafikan penjaga gol, Muhammad Luthfil Hadi.

Ketika NPNG FC giat melancarkan serangan ke kubu MBSA FC, Azfar Hamzah mengejutkan skuad bimbingan Micheal Palani itu menerusi tandukan yang memperdayakan penjaga gol, Mohd Zaidi Razlee pada minit ke-56.

NPNG FC berpeluang menyamakan kedudukan berselang dua minit kemudian tetapi jaringan dihasilkan Umar Etudayeabdulmajid terlebih dahulu dikesan ofsaid.

Semi finalis musim lalu itu terus hampa setelah rembatan jarak dekat dilepaskan Muhammad Asyraaf Aqmar ditepis keluar Luthfil Hadi.

Ahmad Hafiz Abdul Aziz menoktahkan kebangkitan yang cuba dijelmakan NPNG FC Damansara Damai apabila beliau mengambil kesempatan kelalaian pertahanan, P. Surain untuk menjadikan kedudukan 2-0 hingga tamat permainan.

Pemain terbaik perlawanan: Muhammad Luthfil Hadi (MBSA FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN