Antonio Conte Akui Alexis Sanchez Belum Sedia Jadi Pemain Utama Inter Milan

Alexis

Selepas menyertai Inter Milan secara pinjaman pada hari terakhir musim perpindahan lepas, Alexis mungkin beranggapan ‘mimpi ngeri’ beliau selama 18 bulan di Old Trafford telah berakhir.

Namun apa yang berlaku tidak seperti yang beliau sangkakan. Sejak Sanchez tiba di San Siro, pasukannya itu telah pun bermain dalam empat perlawanan Serie A, malangnya beliau tidak pernah diberi peluang menjadi pemain kesebelasan utama.

Setakat ini, pemain antarabangsa Chile itu cuma bermain 10 minit sahaja selepas dimasukkan sebagai pemain gantian dalam kemenangan 1-0 ke atas bekas kelabnya, Udinese di laman sendiri pada pertengahan bulan ini.

Kredit Foto: Daily Mail

Bagaimanapun, pengurus Inter, Antonio Conte menegaskan, tiada keperluan untuk meletakkan Sanchez sebagai pemain kesebelasan utama memandangkan Nerrazzurri kini sedang berada dalam prestasi terbaik dengan menang semua empat perlawanan liga.

“Apabila saya lihat pemain itu bersedia, dia akan dimasukkan [dalam senarai kesebelasan utama]. Saya perlu bekerja demi kepentingan pasukan, bukan individu.”

Menurut beliau, situasi berkenaan tidak perlu disensasikan memandangkan beliau gembira dengan skuad sedia ada termasuk semua pemain baru yang tiba ke kelab itu.

Mungkin Sanchez beranggapan reputasi besar yang pernah dimiliknya sebelum ini dapat menjamin tempatnya di kelab Itali itu. Namun Inter Milan kini memiliki pemain-pemain muda yang sedang meningkat naik dan mampu beraksi cemerlang setiap kali diturunkan.

“Berkenaan [Romelu] Lukaku, saya telah jelaskan panjang lebar tentangnya. Nampak macam berlebihan pula jika saya mengulanginya sekali lagi,” kata bekas pengendali Chelsea itu.

“Untuk pemain-pemain tengah, sejujurnya saya gembira dengan mereka yang menjaringkan gol. Lebih banyak anak panah yang kita miliki untuk disasarkan, ianya lebih baik.

“Apabila kamu memulakan projek baru, harapannya adalah untuk memastikan segala perancangan mampu bertahan.

“Lebih lama kamu kekal di sebuah kelab, bermakna lebih banyak idea kamu yang akan dimanfaatkan.”

Kredit Foto: Ronaldo.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN