Kelayakan AFC B-16: Jaringan Lewat Permainan Jepun Sekat Hajat Besar Skuad Negara

Jepun

Impian skuad negara untuk melakar kejutan keatas Jepun tidak kesampaian apabila jaringan penyamaan Yamato Naito pada masa kecederaan memaksa kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada aksi terakhir Kelayakan Kejuaraan AFC B-16 2020 di Laos, sebentar tadi.

Beraksi di bawah terik matahari, aksi pada babak pertama dilihat sedikit hambar tanpa banyak serangan berbahaya yang dapat diilhamkan kedua-dua pasukan.

Hanya pada lewat permainan menyaksikan sedikit peningkatan dengan Jepun memiliki peluang terbaik mereka apabila percubaan susulan dilakukan Hiroto Suzuki dalam kawasan penalti pada minit ke-32 berjaya dinafikan penjaga gol, Zulhilmi Sharani.

Malaysia juga melakukan dua percubaan tepat ke gawang Jepun tetapi sepakan percuma jarak jauh serta rembatan dalam kawasan penalti dilepaskan mudah ditangkap kemas Ginjiro Ikegaya.

Malang menimpa skuad negara pada minit ke-60 apabila Zulhilmi Sharani diperintah keluar selepas kekasaran dilakukannya terhadap Yoshiki Narahara dalam kawasan penalti sekaligus memberikan sepakan penalti buat negara matahari terbit itu.

Rui Osako yang mengambil sepakan tersebut tidak berdepan masalah untuk menewaskan penjaga gol gantian skuad negara, Aizul Hakim Mohd Zabni pada minit ke-64.

Kekurangan seorang pemain tidak langsung memadamkan api perjuangan skuad bimbingan P. Maniam itu apabila turut berusaha keras melancarkan gerakan ke kubu Jepun.  Usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-72 apabila Malaysia pula dihadiahkan sepakan penalti selepas Nabil Qayyum Zainuddin dikasari Ikegaya.

Daniel Edzuan Mohd Anuar kembali mengikat kedudukan selepas dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-63 itu. Daniel Edzuan sekali lagi menceriakan kem skuad negara apabila tandukannya hasil sepakan sudut pada minit ke-83 berjaya membolosi gawang Jepun untuk Malaysia pula berada di hadapan.

Ketika skuad negara semakin diambang kemenangan, tandukan Yamato Naito pada lewat permainan menghancurkan harapan para pemain muda negara apabila jaringannya itu menyaksikan perlawanan berkesudahan dengan 2-2.

Ia sekaligus memusnahkan peluang skuad negara untuk layak Kejuaraan AFC B-16 2020 yang bakal berlangsung di Bahrain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN