Gianluigi Buffon Samai Rekod Penampilan Paolo Maldini

Buffon

Diturunkan selaku sebagai pemain kesebelasan utama pada perlawanan menentang Hellas Verona semalam menyaksikan penjaga gol veteran, Gianluigi Buffon telah berjaya menyamai rekod 902 penampilan bersama kelab yang dicatatkan legenda Itali, Paolo Maldini.

Buffon yang menikmati aksi sulung sejak kembali menyarung jersi Juventus itu membantu kelab Turin tersebut mencatatkan kemenangan 2-1 hasil jaringan Aaron Ramsey dan Cristiano Ronaldo.

Penjaga gol berusia 41 tahun yang memulakan karier hebatnya dalam kancah bola sepak profesional pada tahun 1995 dengan menyarung jersi Parma telah membuat 220 penampilan bersama kelab tersebut.

Zaman kegemilangannya bersama Juventus menyaksikan beliau telah membuat 657 penampilan bersama Juventus dan 25 kali diturunkan pada musim lalu bersama Paris Saint-Germain.

Keadaan sedikit berbeza dengan Paolo Maldini yang ‘menghambakan’ dirinya bersama AC Milan dari permulaan hingga akhir karier beliau.

Dengan saingan liga dan pertandingan lain yang disertai Juventus masih di peringkat awal, sudah pasti Buffon akan diberi kepercayaan bagi mengawal gawang Juventus sekaligus dapat menikmati lebih banyak aksi bersama skuad Old Lady ini.

Buffon kini mengintai mahkota ke-10 saingan Serie A selepas memenanginya bersama Juventus sebanyak sembilan kali. Tidak termasuk dua kejuaraan yang dipalit dengan skandal Calciopoli itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN