Tchetche Kipre Mahu Terus Menggegar

Penyerang import Terengganu FC (TFC), Tchetche Kipre melaungkan amaran untuk terus menggegar menjelang perlawanan suku akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

Pemain dari Ivory Coast itu kini berada di prestasi terbaik apabila
berjaya menyumbang enam gol dalam tiga perlawanan Kumpulan A ketika berdepan Kedah, Negeri Sembilan dan terbaru, PKNS FC yang sekali gus mengesahkan mereka ke suku akhir.

Justeru dia enggan terleka untuk terus mencipta impak besar kepada pasukan dalam memastikan kemenangan berharga menjadi milik skuad Pantai Timur itu dalam aksi timbal balik suku akhir yang pastinya lebih sengit.

“Bagi saya, perlawanan menentang PKNS FC bukan mudah walaupun kami berjaya jaringkan dua gol pada awal permainan.

“Untuk saya sendiri, masih belum puas kerana peluang untuk jaringkan gol sebenarnya banyak dan kami tidak berjaya memberi penyudah berkesan.

“Nak hadapi suku akhir nanti bukan mudah dan sudah pasti ia lebih sukar daripada peringkat kumpulan.

“Jadi, saya sendiri kena lebih bersedia daripada aspek mental dan fizikal untuk terus beri komitmen terbaik bantu pasukan sehingga ke separuh akhir pula,” katanya.

Sementara itu, ketua Jurulatih TFC, Nafuzi Zain menegaskan skuad kendaliannya masih berdepan banyak kerja rumah yang perlu dilakukan menjelang suku akhir pertama nanti.

Jelasnya, barisan pemain telah bertungkus lumus mengharungi peringkat kumpulan walaupun turut berdepan dua kekalahan kepada Negeri Sembilan dan Kedah sebelum mara ke suku akhir.

Tempoh masa yang ada perlu dimanfaatkan bagi menilai kembali kelemahan untuk terus bangkit pada aksi hujung minggu ini.

“Bagi saya bukan mudah untuk bangkit semula selepas harungi dua kekalahan untuk menang.

“Memang banyak peluang kita terlepas di atas padang dalam beberapa perlawanan tapi saya nak pemain belajar daripada kelemahan untuk mereka lebih bijak manfaatkan peluang di suku akhir,” katanya.

Kredit foto: Terengganu Football Club

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN