Quantcast

ADVERTORIAL KAJIAN & FAKTA

Bagaimana Taktikal Guardiola Jadi Penyebab Dron Digunakan Dalam Bola Sepak

Penggunaan permainan kawalan radio terkenal iaitu dron dalam bola sepak mungkin satu perkara asing untuk disaksikan, melainkan dalam penyiaran siaran langsung di kaca televisyen terutamanya di pentas antarabangsa.

Andai disingkap semula menurut sumber Utusan Online, penggunaan dron ini sebenarnya telah wujud sejak tahun 1930-an. Dalam pada itu, ia juga turut digunakan oleh Angkatan Tentera dan Tentera Laut Amerika Syarikat bagi tujuan peperangan dan pertahanan negara.

Kredit foto: Asia Drone League

Perubahan teknologi yang semakin berkembang pesat menjadikan dron ini dihasilkan untuk kegunaan orang awam dengan harga yang lebih murah dan mempunyai banyak fungsi sebagai kamera dan turut dilengkapi dengan GPS.

Tidak hairanlah ia turut menjadi kegilaan orang ramai dan tidak terkecuali dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri.

Penggunaan dron dalam bola sepak

Dron juga kini telah mendapat perhatian kelab bola sepak terutamanya ketika sesi latihan bagi memudahkan para jurulatih membuat analisis berguna berkenaan taktikal pasukan.

Ia dibuktikan apabila Charlton Athletic dilihat memanfaatkan penggunaan dron ketika sesi latihan pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Championship itu.

Penggunaan dron yang dipraktikkan pasukan Charlton Athletic. Kredit foto: Sky Sports

Hasil sumber daripada FourFourTwo, drone model Phantom Three yang berlegar-legar di kawasan pusat latihan kelab tersebut menjadi aset berharga pasukan dalam menilai prestasi setiap pemain dengan lebih mudah.

Dron tersebut telah dikawal oleh jurulatih skuad bawah 14 tahun, David Powderly, salah seorang daripada beberapa individu dalam kancah bola sepak yang mendapat lesen serta kelulusan daripada badan induk bola sepak Eropah, UEFA bagi mengendalikan dron ini.

Taktikal ‘berani’ Pep Guardiola kekang Barcelona jadi inspirasi Powderly

Masihkah anda ingat taktikal ‘man to man marking’ yang diterapkan Pep Guardiola ketika membimbing Bayern Munich bertemu Barcelona di Nou Camp pada tahun 2015?

Langkah yang diambil Guardiola itulah yang menjadi menjadi inspirasi buat Powderly sekaligus merintis idea dalam penggunaan dron.

Walaupun Barcelona masih mampu mencatatkan kemenangan 3-0 pada perlawanan itu, Bayern Munich berjaya mengekang The Blaugrana sehingga Pep menukar taktikal beliau.

Selepas beliau kembali mengubah taktikal dengan empat pemain pertahanan ketika perlawanan berbaki 20 minit untuk ditamatkan, barulah Barcelona mempunyai ruang yang lebih besar sekaligus menjaringkan tiga gol menerusi Lionel Messi [dua gol] dan Neymar pada minit ke-77, 80 dan 94.

”Pep [Guardiola] menerapkan ‘man to man marking’ pada perlawanan tersebut, di mana sesuatu yang tidak pernah dilakukan sejak bertahun-tahun dalam bola sepak.”

”Saya masih ingat pada ketika itu, Gary Neville cukup teruja dengan taktikal yang digunakan dan mahu melihat bagaimana ia berjalan dan kamera televisyen bergerak ke atas untuk mendapatkan pandangan dari udara.”

”Setiap pemain ditugaskan untuk mengawal pemain, kecuali penjaga gol. Saya fikir ‘Wow’, mempunyai pandangan seperti ini dalam sesi latihan akan menjadi hebat kerana anda boleh melihat segala-galanya.”

”Ketika itulah idea untuk menggunakan dron ketika sesi latihan mula terbit di minda saya,” jelas David Powderly bercakap kepada SunSport.

Istimewa buat peminat dron di tanah air……

Bagi anda yang merupakan peminat setia dron, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan festival dron pertama di tanah air iaitu Asia Drone League Iskandar Puteri Chapter yang akan diadakan pada 19 dan 20 Oktober 2019 di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan termasuklah pertandingan dron [kategori Mini Dron & Terbuka] yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai hampir RM25,000.

Selain itu, pihak penganjur turut mengadakan bengkel, ceramah industri, pameran berkaitan dron serta pengunjung juga bakal berpeluang untuk merasai pengalaman dron dengan cara yang unik di Drone Hover Cages & Simulator Penerbangan.

Lebih menarik, pakar dron antarabangsa juga diterbangkan khas ke Iskandar Puteri bagi memberikan pendedahan dan kesedaran bahawa permainan dron ini bukan hanya boleh dijadikan sebagai hobi tetapi ia adalah teknologi masa depan.

Dalam pada itu, kawasan dron bagi kanak-kanak turut akan disediakan bagi memberikan pendedahan awal buat mereka dalam menikmati keseronokan terhadap permainan dron ini.

Untuk keterangan lanjut mengenai festival dron terbesar di Malaysia ini anda boleh ke Facebook rasmi Asia Drone League.

Idea dan pelaburan yang mendapat perhatian kelab besar

Pada mulanya, Powderly melakukan eksperimen dengan menggunakan GoPro tetapi ia tidak memberikan hasil yang diharapkan sehinggalah pada satu hari, beliau terlihat satu iklan berkenaan dron jenama DJI ketika sedang mendengar lagu di Youtube.

Melihat harga yang sedikit mahal, Powderly mengambil masa selama tiga bulan bagi membuat keputusan dan memutuskan untuk membeli DJI Phantom 3 dengan harga £1,300 pada November 2015.

Apabila beliau mula menggunakan dron pada sesi latihan skuad bawah 14 tahun Charlton Athletic, Powderly sudah mula menampakkan hasilnya.

”Saya merakam sesi latihan hari Khamis, latihan taktikal, perlawanan ujian, cuba merakam sebanyak perlawanan yang boleh. Selepas itu, saya menonton semula rakaman tersebut dengan para pemain dan kami dapat menganalisisnya.”

David Powderly kemudiannya telah dijemput ke Persidangan Kejurulatihan Antarabangsa di Geneva pada 2016 bagi memberikan ceramah tentang kepakaran barunya itu kepada golongan profesional dalam bola sepak.

Salah seorang yang hadir pada persidangan tersebut ialah ketua kejurulatihan dan pembangunan Tottenham Hotspur, John McDermott.

”John melihat pembentangan yang dilakukan oleh saya di Switzerland dan kini saya tahu bahawa Mauricio Pochettino telah mula menggunakan dron untuk pasukan utama Spurs.”

Bekas pengurus Charlton Athletic, Karl Robinson memanfaatkan kepakaran Powderly bagi menganalisis taktikal pasukan ketika sesi latihan. Kredit foto: Sky Sports

”Saya telah ke Barcelona, mereka memperkenalkannya dan telah menguji [dron] selepas saya melakukan demo. Yang menariknya, di pusat latihan Barcelona, mereka mempunyai kamera panorama di mana beribu-ribu ‘pound’ telah dihabiskan.”

”Tetapi anda tidak dapat melihat sebarang kedalaman ruang pada padang tersebut, jadi inilah [dron] merupakan pilihan lebih baik buat mereka.”

Dalam pada itu, Powderly turut mendedahkan bahawa kelab Belanda, Feyernoord turut telah membeli dron dan menggunakannya pada skuad utama selepas beliau memperkenalkan teknologi tersebut.

David Powderly turut melakukan demo penggunaan dron di pusat latihan Chelsea. Kredit foto: The Sun

Selain itu, Atletico Madrid juga menggunakan dron pada pra-musim. Mereka menggunakannya kerana banyak kerja taktikal yang perlu dilakukan sebelum La Liga bermula manakala ia turut menarik minat Liverpool dan Chelsea.

Berkenaan Educity Sports Complex

Kompleks sukan terletak di Iskandar Puteri, Johor yang bakal menjadi tumpuan peminat dron tanah air ini dilengkapi dengan stadium utama yang boleh memuatkan 14,000 penonton, stadium tertutup, gimnasium, kemudahan luar dan kolam renang bersaiz Olimpik.

Ia menyaksikan kompleks sukan ini mampu untuk menganjurkan pelbagai kejohanan yang melibatkan sukan seperti futsal, bola keranjang, badminton, ping pong, skuasy, tenis, acara balapan dan padang, bola tampar dan tenis.

Stadium Educity. Kedit foto: Johor Southern Tigers

Pertandingan dron yang akan diadakan sempena festival nanti itu juga akan diadakan di Stadium Utama Educity, yang turut digunakan oleh JBFA sebagai gelanggang ‘home’ dalam saingan Liga M3.

Rumusan

Pelaburan serta idea daripada David Powderly ini semakin menampakkan hasil dalam membantu para jurulatih bagi aspek taktikal pasukan ketika sesi latihan.

Walaupun ia masih lagi tidak diimplementasikan secara menyeluruh oleh semua pasukan di Eropah terutamanya, ia memberikan gambaran jelas sesi latihan bola sepak pada era moden ini memerlukan alat bantuan sedemikian.

Mungkin pada satu hari kita akan dapat melihat pasukan bola sepak di Liga Malaysia pula menggunakan kaedah ini.

Kredit featured image: Sky Sports