Piala Malaysia 2019: Aksi Penentu PKNP FC Dan PJ City FC Ditunda

Aidil JDT PJ City Piala Malaysia

Aksi terakhir Kumpulan B, Piala Malaysia 2019 antara PKNP FC dan PJ City FC pada esok malam terpaksa ditunda ke tarikh baharu selepas beberapa pemain The Phoenix dijangkiti virus Influenza B.

Perlawanan penentu nasib antara kedua-dua pasukan itu sebelum ini dijadualkan berlangsung di Stadium MP Manjung telah ditunda ke Jumaat, 20 September 2019 di venue dan masa yang sama.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah memuat naik kemaskini jadual terkini Piala Malaysia 2019 di laman Facebook rasmi mereka mengenai perubahan jadual tersebut pada malam semalam.

“Demi pelaksanaan tanggungjawab sebagai sekretariat liga untuk menjaga kepentingan dan kebajikan pihak pasukan lawan, pemain, pegawai serta penyokong, pihak MFL telah mengambil langkah dan membuat keputusan untuk menunda perlawanan antara PKNP dengan PJ City ke tarikh 20 September ini bagi memastikan penyakit ini tidak merebak.

“MFL sentiasa memandang serius isu ini dan percaya tempoh masa yang diberikan itu akan dapat membantu pasukan PJ City melakukan persediaan untuk berdepan PKNP pada tarikh baharu berkenaan,” memetik kenyataan daripada pihak MFL.

Perubahan tersebut juga telah menyebabkan jadual peringkat suku akhir pertama antara juara Kumpulan A dan naib juara kumpulan B juga dipinda kepada 24 September depan.

Dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah disahkan layak ke suku akhir sebagai juara kumpulan, PKNP FC dan PJ City akan tampil di aksi terakhir untuk merebut satu lagi tiket sebagai naib juara kumpulan.

Ketika ini, PJ City berkelebihan apabila berada di kedudukan kedua dengan sembilan mata sementara PKNP FC pula berada dua mata di belakang The Phoenix dan UiTM di kedudukan tercorot.

Dalam aksi minggu lalu, PJ City tewas 2-3 kepada JDT di laman sendiri hasil dua jaringan Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid dengan Bae Beom-gun dan Pedro Henrique meledak gol buat mereka.

PKNP FC pula menang bergaya ke atas UiTM FC dengan keputusan 4-0 hasil hatrik penyerang import, Giancarlo dan Hafiz Ramdan dalam aksi yang berlangsung di Stadium MP Manjung.

Berdasarkan rekod, terdapat satu aksi di Liga Super sebelum ini yang telah ditunda akibat virus Influenza B iaitu perlawanan antara JDT menentang PJ City pada 10 Julai yang lalu. Namun, ketika itu beberapa pemain utama dan barisan kejurulatihan JDT yang telah  disahkan dijangkiti virus tersebut – bukanlah pemain PJ City.

Selain itu, MFL turut memaklumkan mereka sudah meluluskan permohonan Sarawak untuk menukar tarikh perlawanan separuh akhir pertama Piala Cabaran menentang UKM FC di Stadium Sarawak, Kuching daripada 21 September kepada 22 September.

Kredit Featured Image: PJ City FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN