Pengurus Arsenal, Unai Emery dikritik kerana pertukaran pemain beliau yang dianggap tidak memberikan impak.
Dalam aksi menentang Watford, Unai Emery menggantikan Dani Ceballos dengan Joe Willock. Penyokong Arsenal tidak gembira dengan pertukaran itu yang dianggap membuang kuota pertukaran.
Lebih baik Unai Emery melakukan pertukaran lain untuk menguatkan aspek permainan terutama sekali ketika bertahan. Ada yang berpandangan, lebih baik Unai Emery mengeluarkan Xhaka.
Selepas Ceballos dikeluarkan, Willock gagal memberikan aksi yang baik di atas padang, sama ada ketika bertahan mahupun transisi.
Ceballos dan Ozil beraksi baik pada separuh masa pertama. Dani Ceballos adalah pemain tengah yang banyak menjadi sumber hubungan utama barisan belakang dengan serangan.
Watford berjaya mengikat Arsenal 2-2 dalam perlawanan yang Watford boleh menang sekiranya kualiti penyudah mereka lebih baik.
Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Unai Emery memberikan alasan yang dianggap pelik. Di mana beliau menyatakan, terpaksa mengeluarkan Ceballos kerana pemain itu kelihatan panas, dan tak tahan dengan bahang cuaca.
Arsenal boss Unai Emery says he took Dani Ceballos off against Watford because it was 'very hot' https://t.co/SvHUxv6LCW pic.twitter.com/YRp8D6pTjV
— SportsGridUK (@Sportsgriduk) September 15, 2019
Wartawan menjadi pelik kerana menurut mereka, Dani Ceballos adalah pemain yang berasal dari Sepanyol, di mana cuaca di sana lebih tinggi suhunya daripada England. Dan pada masa yang sama, Sepanyol antara liga yang banyak aksi pada waktu tengah hari.
Kampung Ceballos di Utrera, Sepanyol merupakan antara tempat yang paling panas di Eropah.
Emery: "Today was very hot."
Meanwhile, in Dani Ceballos' hometown… pic.twitter.com/1J543DJkPV
— James Benge (@jamesbenge) September 15, 2019
Unai berkata: “Cuaca hari ini terlalu panas. Jadi kita perlukan pemain yang segar. Saya rasa, cara terbaik untuk memperbaiki aksi kita adalah memasukkan pemain yang segar.”
Ditanya komen beliau tentang kesilapan pertahanan yang membawa kepada keciciran mata Arsenal sekali lagi. Unai menegaskan beliau bertanggungjawab di atas semua itu.
“Saya bertanggungjawab untuk kesemua keputusan dan kita bercakap atas kapasiti pasukan.”
10 – Since the start of last season, no side has conceded more goals via penalties in the Premier League than Arsenal (10 – level with Brighton), with the Gunners already conceded three this season alone. Gift. pic.twitter.com/bpddtNingn
— OptaJoe (@OptaJoe) September 15, 2019
David Luiz terus menjadi perhatian peminat. Ini selepas beliau sekali lagi memberikan penalti kepada pihak lawan.
Kesilapan Luiz itu seakan-akan membuatka ramai lupa kepada satu lagi kesilapan, iaitu Sokratis yang memberikan bola kepada lawan di dalam kotak penalti – membawa kepada gol pertama Watford.
David Luiz:
3 penalties conceded in 160 PL games for Chelsea
2 penalties conceded in 4 PL games for ArsenalLaurel, meet Hardy.
— Duncan Alexander (@oilysailor) September 15, 2019