Real Madrid meraih kemenangan kedua musim ini selepas mengatasi Levante d 3-2 di Santiago Barnebeu. Dua gol jaringan Karim Benzema dan satu gol Casemiro di separuh masa pertama.
Dalam perlawanan ini, ketua jurulatih Real, Zinedine Zidane meletakkan semua enam pemain barunya di bangku simpanan termasuk Eden Hazard yang baru pulih dari kecederaan. Real Madrid juga turun tanpa Gareth Bale yang digantung perlawanan setelah menerima kad merah dalam perlawanan lepas.
📝 Today's starting XI!
13. Courtois
2. Carvajal
4. Ramos
5. Varane
8. Kroos
9. Benzema
12. Marcelo
14. Casemiro
16. James
17. Lucas Vázquez
25. Vinicius Jr.Substitutes:
1. Areola
3. Militão
6. Nacho
7. Hazard
18. Jović
23. Mendy
27. Rodrygo pic.twitter.com/Inl69BDcCh— Real Madrid C.F. 🇬🇧🇺🇸 (@realmadriden) September 14, 2019
Karim Benzema terlebih dahulu meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-25 selepas menanduk masuk bola hantaran Dani Carvajal di sebelah kanan gawang Levante.
Enam minit kemudian, Benzema sekali lagi menghukum benteng pasukan pelawat dengan menyumbat gol kedua hasil gerakan satu dua bersama James Rodriguez.
Gol ketiga Los Blancos hadir pada minit ke-40 selepas Vinicius membuat larian di bahagian kiri pasukan pelawat yang kemudiannya membuat hantaran lintang kepada Casemiro yang tidak dikawal.
Pemain Brazil itu mudah menolak masuk bola ke dalam gawang yang dikawal oleh Aitor Fernandez dan meletakkan Real Madrid selesa mendahului 3-0 sebelum rehat separuh masa pertama.
Empat minit selepas permainan dimulakan semula, penyerang Levante yang dipinjamkan dari Real, Borja Mayoral menyudahkan hantaran Carlos Clerc. Beliau tidak meraikan jaringan bagi menghormati pasukannya itu.
Zidane membuat dua pertukaran selepas tepat sejam perlawanan berlangsung. Eder Militao dimasukkan bagi menggantikan Sergio Ramos dan mengeluarkan Casemiro bagi memberi laluan kepada Eden Hazard untuk membuat debut La liga beliau.
Pemain antarabangsa Belgium itu tidak menunggu lama untuk membuktikan kemampuannya selepas hampir menjaringkan gol namun diselamatkan penjaga gol lawan.
Gonzalo Melero yang menerima hantaran lintang Jose Campana menanduk masuk gol kedua Levante pada minit ke-75 bagi merapatkan kedudukan sekaligus meresahkan lebih 60 ribu penyokong Real Madrid.
Keputusan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan, namun tekanan terus dirasai oleh Thibaut Courtois yang sekali lagi gagal memastikan gawangnya tidak dibolosi pada musim ini. Dalam semua empat perlawanan La Liga, bekas penjaga gol Chelsea itu sudah melepaskan enam gol.
Raphael Varane thinks Thibaut Courtois will be challenged by Alphonse Areola to keep the No. 1 jersey at Real Madrid.
"He will be very well received. Anything can happen in football, and we'll see if he will be able to play regularly in Madrid." #HalaMadrid pic.twitter.com/YSbWrscoMt
— SBOTOP (@SBOBET) September 9, 2019
Kedudukan beliau selaku penjaga gol utama Real tentunya tergugat dengan kehadiran Alphonse Areola yang baru tiba dari PSG pada hari terakhiran sebelum pintu perpindahan ditutup pada awal bulan ini.