Mino Raiola, ejen bola sepak yang amat dikenali dengan beberapa nama besar di dalam bola sepak dilaporkan kini sedang mengintai peluang untuk menjadikan Wilfried Zaha sebagai salah seorang pemain yang berada di bawah naungan syarikat beliau.
Sebelum ini The Times telah melaporkan Wilfried Zaha bertindak memecat ejen beliau, Will Salthouse.
Salthouse merupakan salah seorang daripada ejen di syarikat agensi bola sepak USM. Perkara itu turut diumumkan oleh pihak Will Salthouse yang menyatakan beliau tidak lagi menjadi wakil kepada Zaha adalam apa jua urusan.
Mino Raiola wants to make Wilfried Zaha his latest high-profile client… as EFL look to block clubs exploiting stadium loophole | @MattHughesDM https://t.co/YXYyb8G6m7
— MailOnline Sport (@MailSport) September 13, 2019
Zaha memecat Salthouse selepas kecewa ejen tersebut gagal membantu beliau merealisasikan perpindahannya ke Arsenal.
Antara pemain yang berada di bawah naungan Raiola adalah Paul Pogba dan juga Zlatan Ibrahimovic. Raiola juga mempunyai rekod untuk mendapatkan perjanjian mega untuk pemain – dan kini mencari pemain berpotensi untuk menggantikan Romelu Lukaku yang turut berpaling dari berliau.
Zaha dilaporkan tidak gembira di Selhurst Park dan menuntut untuk dijual kepada Everton, sebelum minat yang ditunjukkan oleh Arsenal.
Namun jika Raiola berjaya meyakinkan Zaha, USM akan menerima pampasan ganti rugi kerana pemain itu mempunyai kontrak sehingga musim panas akan datang.