Datuk Hamidin Mahu FIFA Gantung Perlawanan Di GBK Sebagai Pengajaran Kepada Indonesia

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata Indonesia sewajarnya tidak dibenarkan beraksi di hadapan penyokong mereka sendiri ketika beraksi di Stadium Utama Gelora Bung Karno, selepas insiden kekecohan yang berlaku ketika perlawanan menentang Malaysia tempoh hari.

Bagi Hamidin, itu adalah antara langkah terakhir yang boleh dilakukan oleh Persekutan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mendidik penyokong skuad Garuda yang berterusan menimbulkan masalah ketika perlawanan antarabangsa, terutama ketika membabitkan pasukan Malaysia.

Foto: FAM

Ketika bercakap kepada wartawan ketika ditemui selepas meninjau latihan skuad kebangsaan di Stadium Bola Sepak Cheras semalam, Hamidin turut mengesahkan badan induk bola sepak negara itu akan menghantar laporan mengenai kekecohan itu akan dihantar ke FIFA pada Selasa ini, disertakan dengan salinan ke Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk tindakan selanjutnya.

“Kita faham bahawa Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan pihak berkuasa Indonesia telah juga berusaha dengan keras untuk elak perkara ini, tetapi kita tahu penyokong mereka ramai, maka terjadi juga,” ujar beliau semalam.

Foto: FAM

“FAM juga telah membuat perkara yang sewajarnya untuk mengelakkan insiden seperti itu. Apa yang terjadi ini di luar prosedur yang dibenarkan oleh FIFA.

“Pertamanya penyokong masuk ke dalam padang, nyanyian yang tak baik terhadap pemain dan penyokong kita, pemain terpaksa naik [kereta perisai] Barracuda dan perlawanan terpaksa dihentikan beberapa minit.

“Ini semua elemen-elemen yang tersalah, tapi kita serah pada FIFA untuk tindakan selanjutnya.”

FAM

Dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia, Malaysia bangkit dua kali selepas ketinggalan sebelum menang 3-2 menerusi gol kemenangan pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh pada masa kecederaan.

Perlawanan terpaksa ditangguhkan sekitar lapan minit pada waktu sebenar, setelah beberapa penyokong Indonesia menceroboh masuk untuk melakukan provokasi terhadap kumpulan penyokong pasukan negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN