Ketua Perhubungan Awam Polis Jakarta, Argo Yuwono melalui satu laporan dari CNN Indonesia semalam menafikan terdapatnya rusuhan berlaku selesai perlawanan diantara Indonesia dan Malaysia di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) pada Khamis lalu.
Malah jurucakap polis itu turut berkata pihak polis tidak perlu melakukan tindakan untuk meleraikan penyokong yang dikhabarkan merusuh oleh kebanyakan media dari Indonesia dan Malaysia.
“Tidak ada [rusuhan penyokong di SUGBK], hanya [kejadian] melempar air sahaja,” jelas Argo di cawangan Mapolda Metro Jaya di Jakarta semalam.
Polisi Bantah Ada Kerusuhan di GBK: Hanya Lempar-lempar Air https://t.co/YWTd14znNv
— CNN Indonesia (@CNNIndonesia) September 6, 2019
Selain daripada menafikan berlakunya rusuhan, Argo turut menafikan terdapatnya anggota polis yang mengalami kecederaan akibat bertempur dengan perusuh di perkarangan stadium selepas selesai perlawanan.
“Tidak ada [penyokong atau polis] yang terluka,” tegas beliau lagi.
Di sebalik penafian oleh Argo itu, perkara sebaliknya dilaporkan berlaku berdasarkan beberapa media dalam dan luar negara termasuk oleh CNN Indonesia sendiri.
“Kemeriahan” suporter Indonesia di depan pintu VVIP. Aksi protes berujung ricuh seusai timnas kalah dari Malaysia. #TimnasDay pic.twitter.com/hdexuFtBZr
— Football5star (@Football5star) September 5, 2019
Menurut laporan dan rakaman oleh CNN Indonesia semalam, sekurang-kurangnya satu das tembakan gas pemedih mata dilakukan dari pintu masuk VVIP ke arah penyokong yang berkumpul di Gate 1 stadium.
Sekurang-kurangnya tiga penyokong Harimau Malaya juga dilaporkan mengalami kecederaan – termasuk patah tangan – ketika suasana kelam kabut meninggalkan stadium.