FAM Sudah Ambil Langkah Pertama Jumpa AFC Berhubung Insiden Di Indonesia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah pun mengambil langkah pertama untuk membuat laporan insiden kekecohan penyokong di Indonesia tempoh hari kepada Perseketuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), dengan melakukan pertemuan dengan wakil dari Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh FAM melalui satu muat naik di laman media sosial badan induk itu pada pagi ini.

Menurut kenyataan tersebut, FAM diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam dan Ketua Unit Perundangan FAM, Shahida Bashirah Hishamuddin telah bertemu dengan wakil-wakil dari Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semalam di AFC House, Bukit Jalil.

Ketika Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dalam Kumpulan G antara Indonesia dan Malaysia pada 5 September 2019, yang lalu penyokong Indonesia dikatakan bertindak melampau melakukan provokasi terhadap penyokong pasukan negara yang memberikan sokongan di Stadium Gelora Bung Karno.

FAM Mulakan Langkah Pertama Dengan Berjumpa AFC Berhubung Insiden di Indonesia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Friday, September 6, 2019

Pelbagai objek dilontar ke arah penyokong negara yang berada di dalam stadium, sebelum penyokong tuan rumah turut dilaporkan bertempur dengan pihak polis di perkarangan stadium selepas tamat perlawanan.

Selain daripada untuk menyampaikan hasrat untuk membawa kes tersebut kepada FIFA, pertemuan tersebut adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada AFC untuk membantu menyediakan pelan keselamatan yang komprehensif menjelang pertemuan kedua pada 19 November 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi mengelakkan insiden pada 5 September berulang.

Stuart juga dilaporkan bertemu dengan Setiausaha Agung AFC, Dato’ Windsor Paul dalam pertemuan berasingan semalam untuk menyuarakan kebimbangannya terhadap insiden yang berlaku.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN