Presiden FAM Hargai Usaha Dan Filosopi TMJ, Ucap Terima Kasih Untuk Kerjasama Ahli Gabungan

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin semalam menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua ahli gabungan badan induk.

Melalui satu kenyataan yang disiarkan di laman media sosial FAM semalam, Hamidin menyifatkan kerjasama penuh daripada ahli gabungan yang memberi pelepasan kepada pemain telah membenarkan Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe membentuk skuad sedia ada untuk menghadapi kempen Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Malaysia bermula dengan langkah kanan dalam aksi Kumpulan G apabila menewaskan Indonesia 3-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada aksi pertama kelayakan.

Filosopi dan usaha TMJ

Dalam kenyataan yang sama, Hamidin turut mengucapkan terima kasih kepada Pemangku Raja Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Baginda bertanggungjawab memperkenalkan filosopi bola sepak yang menjadi asas kejayaan yang dikecapi pada hari ini ketika masih bersama FAM.

Hamidin

“Idea serta revolusi bola sepak yang diperkenalkan Tunku Ismail kini sudah mula menampakkan hasil menerusi kesinambungan yang dilakukan FAM termasuk pemilihan Cheng Hoe yang dibuat oleh baginda sebelum ini telah membuktikan bahawa ia adalah tepat kerana skuad Harimau Malaya kini semakin hari semakin meningkat prestasi dan persembahannya di bawah kendalian Cheng Hoe,” ujar Hamidin.

“Seterusnya, kehadiran pemain naturalisasi dan pemain berdarah campuran turut nampaknya telah membantu menambah kekuatan skuad Harimau Malaya menerusi gandingan yang cukup baik di antara mereka bersama barisan pemain tempatan sedia ada dan usaha memperkasakannya akan saya teruskan demi meningkatkan lagi kedudukan bola sepak negara kita.

Perlu terus kerja keras

Namun demikian, Presiden FAM itu juga sedar masih banyak kerja perlu dilakukan demi membawa Malaysia terus ke hadapan di pentas bola sepak antarabangsa.

Sumareh Malaysia Indonesia 2
FOTO: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

“Apa pun, semua ini masih terlalu awal. Kita perlu bersedia dan lebih fokus untuk mempersiapkan pasukan bagi mengharungi perlawanan-perlawanan akan datang.

“Banyak lagi kerja yang perlu dilakukan secara bersama oleh semua pihak yang terlibat dan usaha ini tidak boleh berhenti jika kita mahu melihat bola sepak Malaysia terus maju dan meningkat.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN